Tarik balik larangan berhibur di Kedah pada bulan Ramada ini atau kita jumpa di Mahkamah. Ini adalah hal prinsip, kata Karpal. Pas Kedah tidak boleh melarang orang bukan Islam melakukan apa yang ditegah oleh agama Islam. Jika Pas berterusan begini ia akan membantut usaha PR menuju ke Putrajaya, kata Karpal lagi.
Karpal buat hal lagi dengan menggunakan perlembagaan bagi menghalalkannya mencabar segala usaha orang Islam menghormati bulan ramadan. Setiap kali isu orang Islam berbangkit dia akan menggunakan perlembagaan yang menjanjikan kebebasan orang bukan Islam melakukan apa yang mereka suka walaupun ia bertentangan dengan nila-nilai murni universal.
Tiada sesiapa pernah bangkitkan hak orang Islam yang termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan dan hak umat Islam memuliakan bulan ramadan.
Ini merupakan satu peluang baik bagi menegakkan kebenaran bahawa ada ruang dalam perlembagaan yang menjamin umat Islam mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk mereka beribadat terutamanya dalam bulan yang penuh berkat bulan Ramadan.
Jangan ikut telunjuknya dan kumpulkan peguam yang bijak dalam hal ehwal perlembagaan bagi menentang Singa Benggali itu agar dia terus diam buat selama-lamanya dari menggunakan perlembagaan bagi menghalang apa saja hasrat umat Islam memperkasakan umatnya.
Bang Karpal, Saman kerajaan kelantan sekali la.
ReplyDeletesalam tuan..bila kita rasa kita bijak allah jauh dari kita,xda sape pula yg dapat ajar kita kalo allah dah jauh..tapi allah akan biarkan org kafir ajar kita..kita manusia muslim semua sama je,baik pas baik umno pun same je manusia biasa..kita mausia muslim ni jadi x sama bila kita start rasa kita bijak hehe..(org gila yg dh tentu bodoh 2 kutip makanan kat tong sampah tapi dia sehat,xda pulak kita dengar kena selsema burung ke ape ke,malaria tapioca ke,sawan ke..dgn kebijaksanaan allah taala org2 yg sekolah tggi2 yg makan makanan bersih2 pun kena penyakit yg bukan2 hehe,btul x tuan?tp dalam pada kena penyakit yg bukan2 2 kita sempat wat solat hajat mtk org pecah perut la apela,yg d mtk pecah perut 2 dah tentula teruk agaknya,tp kita yg berasa bijak ni jgn jadi sesat pulak dsebabkn syg sgt nk buang rasa bijak 2)..salam seikhh..kalo x suka delete je seikhh.walahuaklam.
ReplyDeletelu ni banyak kecohla karpal sunat pun belum manyak sibuk mau saman orang.. nanti lu sudah mati karpal gua cabar lu saman sama Tuhan pulak..
ReplyDeleteAnon 2:26,
ReplyDeleteRasa bijak dengan rasa yakin dengan apa yang kita pegang tu jauh bezanya.
Orang Islam bertelagah bukan atas dasar masing-masing rasa bijak tapi masing-masing yakin dengan pegangan.
Orang yang sentiasa duduk tengah-tengah dan bangkangpun tidak setujupun tidak bukan bermakna dia bijak, ia sekadar menunjukkan orang itu tak ada pegangan dan tidak mahu buat silap.
Orang yang tak pernah buat silap itu sama taraf dengan orang yang tak pernah buat apa-apa.
Wallahu'alam
suruh nik aziz jwb. dia yg suka sgt dok dgn dap. dulu dia jugak kata dap dh paham islam sejak bkawan dgn pas. mana tau kot2 ada pandangan lawak yg baru.
ReplyDeletejgn lupa juga tanya pemimpin pas yg suruh langkah mayat dia dulu jika usik karpal.
alahai parti islam..... sampai bila nak jdi tunggangan. daya fikir pemimpin pas memang tak ada kelas. kalu nk jaga parti pn tak boleh dn dibiar dipergunakan apa pula yg org islam boleh harap jika perintah negara. peeeeeeehhhh