Ini Memang Kenyataan Polis Yang Paling Sempoi Untuk Tahun 2011

Friday, 22 July 2011

Kenapa tulang rusuk Baharudin Patah - Kerana rawatan CPR ketika dia tidak sedarkan diri semasa kejadian Bersih. Orang yang buat CPR tu tentu superman ataupun jaguh angkat besi heavyweight antarabangsa yang tak ada lansung latihan buat CPR.

Kenapa 3 batang gigi Baharudin patah dan bibirnya cedera - Kerana pegawai perubatan menjolok tiub untuk menyedarkan dia semula. Tiub yang digunakan untuk menjolok mulut arwah tentu dibuat daripada kayu belantan dan dia dijolok sekurang-kurangnya oleh 3 orang serentak.

Memang sempoi habis jawapan atau andaian pihak polis apabila disoal tentang tulang rusuk dan kecederaan bahagian mulut Arwah Baharudin.

Tak mampu nak komen dengan komen tersebut, terkedu, rasa nak menangis pun ada nak gelak pun ada. Di dunia mana agaknya kita berada sekarang ini????

Share on :

7 comments:

  1. Cayalah Polis...

    Gua Salut...

    ReplyDelete
  2. tuan admin..kalo x blajar medic jgn la pandai2 wat kenyataan..

    saya pelajar medic n saya tau apa itu CPR.

    dalam hal ini kita x boleh salahkan polis..CPR yg kita tengok dalam tv tu x macam dalam realiti di hospital.

    CPR memg boleh patahkan tulang rusuk..sebab kita menekan dengan tangan beserta seluruh kekuatan dari badan.

    saya student medic ukm n saya selalu pernah lihat Dr. wat CPR especly kpd patient yg critical hingga patah tulang rusuk.. itu adalah normal..biar tulang rsuk pth x mengapa kerana ia boleh sembuh kmbli. tp nyawa itu lg penting..tp dalam hal ni arwah x dapat diselamatkan..nak wat macam mana

    ReplyDelete
  3. anon 12.48
    Terima kasih kerana sudi menurunkan ilmu.

    Jolok tiub masuk mulut sampai patah gigi tu selalu jadi ka?

    ReplyDelete
  4. ya..memang selalu terjadi..very common.. sebab sewaktu terkena serangan jantung/tidak sedarkan diri/pengsan, mulut kita akan tertutp dengan sangat rapat(sebab itu oksigen tidak boleh masuk).
    so, Dr akan menggunakan tiub dan mereka perlu menjolok sehingga ke trakea..tetapi perlu dipastikan saluran tiub itu tidak tersekat agar oksgen daripada beg udara dapat masuk dengan lancar..

    kita jgn bandingkan CPR yang kita lihat dalam filem dengan realiti sebenar di hospital..ia adalah sangat berbeza..

    cuma yang saya kesal adalah kita tidak berjaga-jaga..sebagai contoh kalau kita ada mengalami serangan jantung jangan terlibat atau sama sekali dalam perhimpunan ini..kerana gas pemedih mata yang selalu polis gunakan itu walaupun pada dasarnya tidak berbahaya tetapi ia dapat masuk terus ke dalam jantung dan menyebabkan arteri tersumbat..

    so langkah berjaga perlu diambil

    ReplyDelete
  5. eddie, Terima kasih kerana berkongsi ilmu...
    Bermakna kenyataan Polis ada asasnya...

    Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  6. mmg kalau bt cpr, ada potensi untuk tulang rusuk patah..and gigi yang patah tu pun boleh jugak semasa kemasukan tiub ETT, ETT ni untuk membantu pesakit bernafas (utk kemasukkan O2)terus melalui trakea pesakit, trus masunk lung. Untuk memasukkan ETT(endotrakeal tiub) ni, doktor akan menggunakan alat yg dipanggil laryngoscope ( sejenis besi* boleh tgk dlm internet kalau nak tahu lebih lanjut), bagi pesakit yang berusia.. mmg boleh gigi patah jika pesakit mempunyai gigi yang dah longgar..
    bila kemasukkan tiub menggunakan laryngoscope, slalunya doktor akan beri penerangan kepada pesakit ttg potensi gigi patah ni.. tu bagi pesakit sedar la..

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License