Najib tak guna wang rakyat untuk bawa PSY?

Wednesday 13 February 2013

PSY mai buat tarian nam jahanamnya di Penang dengan bayaran RM2 juta. Itu apa yang aku dengar orang kata dan aku percaya sebab PSY dah jadi bahan tumpuan dunia. Gambar PSY berakpun laku, apa lagi kalau gambar dia berjoget dengan diiringi wanita cun menggoda dengan lintuk badan yang bergelora.

Kos dua juta tu juga jadi satu isu dan Najib kata sesenpun tak ambil duit rakyat. Malah kata Najib, orang ramai datang menonton pertunjukkan tersebut secara percuma termasuklah makcik pokcik yang lemah tulang pinggang, semua tengok dengan percuma.

Cuma mungkin Najib tak cakap bahwa bukan setakat percuma, malah makcik dan pokcik yang mai dengan bas atau kereta tu turut dibayar sedikit wang kopi habuan lepas lelah. Boleh ambil duit tu pi pekena teh tarik atau nasi kandaq kat Kassim Mustafa.

Ok lah kalau tak belasah wang rakyat. bagus tu. Tapi siapa pulak yang buat keluar duit bayar kat PSY? duit poket cina gerakan? duit poket Najib/Rosmah? duit siapa?


Yang tu aku teringin sangat nak tau. Adat Umno/BN, keluar dua juta hasil masuknya pulak kurang-kurang RM200 juta. Takkan hangpa tak mengaku kot? itu amalan yang berakar umbi dalam kebudayaan Umno/BN.

Yang lantang dok perbetoi kedatangan PSY aku tengok menteri pompuan cina yang jaga pelancongan tu. Dia declare kehadiran mamat korea tu bakal membuatkan Penang terkenal di seluruh dunia (walaupun dah memang terkenal walaupun tanpa kehadiran PSY).

Apa ada kira-kira ke dengan sponsorship pertunjukkan PSY tu? buat sponsor free pulak tu, tak kan tak bagi projek billboard atau kerja promosi pelancongan luar negara kot? itu kerja lumayan tu! dan ditanggung beres oleh wang rakyat!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License