Dr Juanda tanding PRU13 atas tiket PKR, Dr Asri camna?

Thursday 14 February 2013

Desas desus kencang kemasukan dua Dr tokoh agama kontroversi tanah air ke dalam kancah politik negara. Kedua-duanya ada hubungan dengan jabatan Mufti Kerajaan Perlis. Negeri Perlis terkenal sebagai pelopor antara negeri yang paling fleksibel dan awal menerima tokoh-tokoh agama berfahaman terkini (fahaman muda).

Ada 3 nama sebenarnya dalam bab ulama dan politik ini, satu nama lagi tak payah bagi tau iaitu Fathul Bari yang memang dah jadi ayam tambatan kepada parti jahat Umno. Kalau dia bertanding sudah tentu atas tiket Umno dan tak ada pasal dia akan bertanding atas tiket Pas!

Berkemungkinan besar Dr Juanda yang semakin galak dan minat dengan politik akan masuk PKR dan bertanding atas tiket parti berpendirian liberal tersebut. Aku setuju dengan Dr Juanda untuk aktif dalam PKR dan declare sebagai ahli politik dan jangan pergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Dr Asri pulak masih kabur samada akan bertanding untuk Pas atau PKR atau DAP. Aku dengar DAP juga ada memujuk dan manawarkan Dr Asri agar aktif menyertai parti mereka. Ini lambang keterbukaan dan kesediaan DAP untuk merangka kaedah terbaik menjadi parti politik yang berwibawa.

Secara peribadi aku rasa, kedua-dua mereka tak perlu bertanding dan sertai mana-aman parti politik. Tidak sertai mana-mana parti bukan bermakna tidak menyokong. Sokonglah mana-aman parti yang dirasakan sesuai dan sama-sama menyumbang dan mengkritik apa saja parti yang disokongnya agar mereka dapat berjalan dengan lebih berkesan.

Itu lebih baik daripada masuk dan jadi ahli politik. Buat macam sekarang dan bertindak secara saksama dalam kritikan anda agar tak ada orang yang akan tuduh mereka bias atau berat sebelah.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License