Apa sepatutnya Mahathir buat sekarang

Saturday 16 February 2013

Ada gesaan agar Tun Mahathir bertanding lawan Anwar di Permatang Pauh. Sebelum bertanding, aku nak bagi tau bahawa Tun Mahathir akan kena titik liau-liau kat sana.

Daripada memalukan diri Mahathir dan menyebabkan dia murung dan di serang sakit jantung, elok tak payahlah bagi idea suruh dia lawan.

Kalau Mahathir bertanding kat Kubang Pasupun aku rasa belum tentu dia akan menang. Masa Pak Lah naik dulupun, Mahathir dah kena tolak mentah-mentah di sana.

Jadi tak payah susah-susah menyusahkan semua orang untuk beri laluan Tun M bertanding.

Bagi aku Tun M sepatutnya boleh pencen dan dudk diam jadi penasihat orang ramai yang bijaksana tanpa memihak mana-mana Parti.

Samada parti pembangkang atau parti kerajaan kita semua rakyat Malaysia. Semua parti yang ada menyumbang untuk kebaikan negara dengan cara dan pendekatan masing-masing.


Kita dan terutamanya Tun M tak sepatutnya melihat pembangkang seperti orang asing yang bukan rakyat Malaysia. Kalau dia boleh benarkan rakyat asing senang-senang jadi warganegara sedangkan mereka belum tentu akan setia dan patriotik, kenapa dia tak boleh terima pembangkang yang sejak dulu beranak kat sini dan setia dengan negara sendiri.

Mahathir tak sepatutnya serang kiri kanan siapa saja yang tak sehaluan dengan dia. Dia tak sepatutnya serang Pak Lah secara peribadi sampai orang tua tu merajuk. Dia tak sepatutnya serang peribadi Anwar macam Anwar tu warga bangla yang jahat nak mampus.

Sudahlah tu, relaks dan berikan idea yang bernas tanpa bias dan reda samada orang nak terima atau tak terima. Masa tua lanjut tu eloklah Tun M duduk atas tikar sembahyang dan muhasabah diri dan sulu keburukan diri sendiri daripada dok suluh dan selak keburukan orang lain.

Baca nih
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License