Gangnam bantu Najib rampas Penang !

Wednesday 13 February 2013

Najib yakin dapat rampas semula Pulau Pinang apabila melihat kehadiran seramai lebih 40 ribu orang menyambut kehadirannya semalam. Dengan senyum lebar Najib dakwa semua yang hadir itu semata-mata untuk menyambut ketibaannya meraikan Raya Cina di P Pinang.

Aku pi jugak kemarin ke Pulau Pinang. Tapi bukan untuk tengok atau sambut Najib. Aku pi Tanjung untuk bawa family jalan-jalan makan angin naik feri. Lama dah tak naik feri rasa rindu pulak. Selepas pertunjukkan PSY baru aku naik feri ke Tanjung.

Ketika ronda cari makan kat Restoran Kapitan, aku tengok orang ramai berpusu-pusu masuk dan makan kat situ. Pinggan bersepah-sepah tak terbasuh kerana terlalu ramai keluar masuk. Aku masuk duduk sat dalam 15 minit kemudian terus cabut. Tak ada sapa nak layan aku! baik aku belah keluar.


Aku jalan ke Restoran Kassim Mustafa kat sebelah depan sana dan situ ada orang nak layan kami sekeluarga. Tengah duduk tunggu makan, aku tengok kat depan ada 4 orang geng-geng Otai kampung tengah syok hirup teh tarik.

Depa semuanya orang Umno totok sejak muda sampai tua. Orang kampung habis dah kalih tolak Umno/BN, depa masih setia. Aku rasa memang depa rasa terhutang budi sungguh sebab banyak dapat sumbangan dan pertolongan dari Umno kat sana. Kekadang dapat pi rombongan sana sini.

Aku salam dan berbual sikit dengan depa dan tanya mai mana? sebagaimana yang aku jangka, depa mai tengok Najib. Betoi! depa mai jemput Najib dan bukannya mai tengok Gangnam. Otai macam depa tak kebuloq nak tengok Mamat Korea tu berjoget.

Jadi betoi kata Najib ramai yang mai sambut kehadirannya di Penang dan antaranya Otai member kampung yang 4 orang tu. Tapi aku rasa kumpulan depa maksimim mungkin dalam seribu orang saja kot. Umno totok yang hadir apa saja perhimpunan Umno asalkan dapat claim balik kos tambang pergi dan balik.

Balance seramai 39 ribu orang lagi tu, hadir sebab nak terhinjut-hinjut tengok Psy buat pertunjukan Gangnam style. Depa tak perduli Najib hadir atau tak hadir. Jadi kalau Umno/BN ingat depa boleh tawan balik Penang sebab sambutan raya cina tu, depa mimpi singa hari.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License