Polis macam budak-budak tangani Bersih 3.0

Thursday 3 May 2012

Budak ni jadi lauk polis yang pro
Naik meloya aku baca berbagai kenyataan dari Ketua Polis dan juga Menteri Dalam Negeri serta lain-lain Menteri atau bukan Menteri termasuklah mangkuk hayun para penyokong Umno/BN, mereka tak habis-habis tunjukkan para pendemo bersalah kerana tidak profesional. Memanglah depa tu bukannya pendemo profesional mangkuk, depa bukannya cari makan dengan berdemo.

Bagi polis pulak semua orang kata mereka amat profesional dalam menjalanka tugas mereka. Itu semua orang tahu kalau mereka tak jalankan tugas merekapun, mereka tetap profesional sebab mereka cari kakan dengan jadi polis. Jadi dengan sentiasa ingat polis tu amat profesional mari kita dengar sedikit pengalaman aku semasa lari dari rusuhan untuk balik ke KL sentral.


Selepas lalu kat kawasan orang pijak kepala Najib yang ada aku cerita kat sini, aku teruskan berjalan. Hidung aku mula terhidu bau gas pemedih mata yang kuat. Sampai saja dekat Masjid Jamek, aku tengok FRU penuh sedang menghadapi orang ramai yang nampaknya mengamuk. Aku selamba saja duduk tepi jalan dan mula tangkap gambar tiba-tiba aku dengan batu dan botol plastik jatuh bertaburan, nasib baik tak kena kepala aku.
Lalu aku terus lari jauh sikit. Sambil itu aku tengok FRU dah mula ready nak tembak gas sekali lagi. Aku dengan mereka arahkan pendemo balik rumah dan hentikan demo, sebaliknya pendemo aku dengar suruh FRU pulak balik...hahaha mana satu yang betul?

Gambar mereka tengah latu budak tapi tak nampak sebab tenggelam dengan
jumlah mereka yang ramai
Dalam kelam kabut tu aku tengok ada juga sekumpulan polis yang mula serbu pada pendemo dan masing-masing lari lintang pukang termasuklah aku. lari punya lari aku terus sampai di kawasa tak jauh dengan central market dan terdapat polis punya ramai bersepah kat situ.

Aku terus relaks dan tunjuk macho agar mereka tak apa-apakan aku. Aku lalau dan berhenti seketika untuk menonton aksi mereka. Aku tengok seorang SB tak henti-henti cakap dalam phone dan tiba-tiba semua polis lari beramai-ramai di atas jambatan melihat sebelah Masjid Jamik sambil boooo dan tepuk tangan. Aku pi lari sama tengok apa yang mereka ejek-ejekkan. Rupanya mereka ejek peserta demo yang berlari lintang pukang dihalau oleh FRU.

Apa punya polis aku kata dalam otak aku. Depa ni anggap macam game pulak sama-sama sorak sambil ejek-ejek dan menyakitkan hati pendemo, apa pro kah itu?. Banyak kali depa buat kelam kabut dengan menjerit kejarrrrrr! tangkapppppp! dan setiap kali depa jerit tu aku terus angkat kaki dan bila pandang belakang rupanya depa acah-acah...itu buat aku jadi lagi marah. main-main pulak, nak kejar, kejarlah saja senang sikit aku terus lari.

Masa aku buat keputusan untuk cabut balik sebab hari dah nak masuk magrib, tiba-tiba keadaan semua polis jadi riuh rendah. Aku pusing belakang tengok depa sudah berkas seorang peserta pakai baju kuning. Sambil 2 orang mengheret peserta malang itu, datang dua tiga yang lain menyepak dan tumbuk budak itu. Aku panjant atas batu dan tangkap gambar dari jauh.

Kemudia mereka semua beramai-ramai serbu budak baju kuning itu dan mula menghentamnya jadi lauk. Sampai budak itu hilang dari pandangan mata aku dan aku rakam tak henti-henti. Aku stop rakam bila aku perasan ramai polis yang sedang beraksi itu tengah tengok aku ambil gambar...apa lagi aku dengan begitu macho sekali membuka bunga silat perlahan-lahan dan terus memulakan langkah seribu...cabuuuuut.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License