RM363 juta untuk sebuah lukisan: The Scream !

Thursday 3 May 2012


The Scream

  • Bagaimana agaknya seseorang menilai sesebuah lukisan sehingga ianya mencapai harga beratus-ratus juta ringgit. Mungkin hanya mereka yang meminati hasil seni sahaja yang dapat menjawabnya.
  • Sebuah lukisan yang di panggil 'The Scream' baru-baru ini dilelong dengan harga RM363 juta menjadikannya sebuah lukisan paling tinggi dijual mengatasi lukisan oleh Pablo Picasso 'Nude, Green Leaves and Bust' yang dijual dengan harga RM323 juta.
  • The Scream dihasilkan oleh seorang artis dari Norway, Edward Munch (1863-1944). Beliau merupakan  pelopor kepada 'expressionist art'.
  • Hasil lukisan beliau banyak menggambarkan keadaan jiwa yang bersentuhan dengan kasih sayang, ketakutan, kematian, melankoli dan kebimbangan. Beliau juga tertarik dengan teknik penggunaan warna bagi menggambarkan perasaan.
  • Ayah Edward Munch adalah seorang doktor yang sering melayan anak-anaknya dengan cerita-cerita hantu dan menanam kepercayaan agama yang kuat pada anak-anaknya. Edward Munch mendakwa dia mewariskan sifat gila daripada ayahnya.
  • Aktivitinya terhadap lukisan tidak berapa digemari oleh bapanya kerana percaya ia bukanlah satu kerjaya yang mulia. Bapanya sering memusnahkan lukisan-lukisan bogel yang dibuat oleh Edward.
  • Lukisan The Scream terhasil daripada pengalamannya yang berjalan bersama 2 orang rakannya pada satu petang di sebuah jalan. Tiba-tiba matahari terbenam lalu menghasilkan warna merah seperti darah. Dia lalu tersandar pada pagar merasa kelu dan keletihan tidak terhingga. Kawannya terus berjalan sedangkan dia terhenti kelu dalam keadaan menggigil ketakutan. Tiba-tiba dia mendengar satu suara jeritan alam yang cukup kuat...
  • Walau apapun ceritanya saya masih tidak dapat memahami dunia seni seperti ini dan masih sedang cuba untuk memahami dan menghargainya. Beberapa lagi koleksi lukisannya di bawah untuk tatapan anda:



Edward Munch

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License