Lagi kumpulan baru muncul cuba raih kemahsyuran !

Saturday 5 May 2012

Banyak sungguh kebaikan fenomena Bersih yang berlaku di negara kita. Antara yang paling ketara sekalai adalah muncul satu demi satu kumpulan yang tidak dikenali sebelum ini seperti cendawan tumbuh selepas turunnya hujan.

Tak sangka pulak rakyat Malaysia sekarang ini suka berkumpulan dengan menubuhkan berbagai-bagai organisasi. Aku rasa depa ikut nasihat Tun Mahathir yang menggalakkan rakyat Malaysia berkecimpung aktif dalam perkumpulan NGO. Tun M bagi idea ni ketika dia terpinggir daripada Umno semasa pemerintahan Tun Lah dulu sampai dia merajuk keluar dari Umno.

Masa tu Tun M melihat Umno sudah sesat dan tidak memperjuangkan rakyat dan negara sebaliknya lebih mirip parti yang berjuang untuk geng tingkat 4. Untuk kaunter semua itu Tun M nasihatkan NGO bangkit memperjuangkan agenda masing-masing kerana parti plitik sudah tidak dapat diharapkan untuk membela rakyat.


Maka dengan mendadak kumpulan seperti Perkasam muncul menjadi hero untuk berjuang agenda mereka tersendiri yang sebenarnya lebih mengarah kepada melambung ketua-ketua mereka mendapat nama dan menjad penting.

Lepas itu muncul satu demi satu NGO seperti HIMPUN, ISMA, JATI (bukan beras jati), dan banyak lagi yang aku tak hafal.

Hari ini muncul pulak satu kumpulan yang menamakan diri mereka Minda Pondok. Geng pondok ini menggesa Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa samada boleh berdemonstrasi atau tidak dalam Islam. Wakilnya, Mohamed Zainal Abidin Awang mengeluarkan hadith menyatakan Rasulullah bersabda adalah haram orang Islam menyertai perhimpunan yang diketuai oleh orang kafir!

Hangpa agak apa pasal tiba-tiba mat pondok ni muncul? sudah tentu nak masuk jarum ambil kesempatan naik nama untuk memusnahkan momentum rakyat yang mula bangun mengkritik kerajaan Umno/BN dengan lantang secara terbuka.

Wooooit! fatwa yang popular yang semua budak kecik tadika tau bahawa solat itu wajib dan pembohong tu haram masih terlalu sedikit orang Islam ikut, kerjakan solat dan jauhi sifat munafik ramai yang buat dono saja oooi!!! mohong dalam daftar mengundi itu haram tau dak? pindah pengundi sana-sini tu haram tau tak?, ambil warga asing jadi warganegara untuk mengundi pangkah BN haram tau ka?, makan rasuah pelankong duit rakyat tu haram tau ka? tuduh orang zina tu haram tau ka? fitnah tu haram tau ka? judi tu haram tau ka? sebar video lucah tu haram tau ka? bubuh gambar fitnah dalam media utama kasi minda rakyat rosak tu haram tau ka? belit kenyataan orang tu haram tau ka?.....panjang lagi senarainya...

Perkemas semua tu dulu baru korek benda furuk, apa da !!!

Baca Bernama
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License