Lagi kes manusia pelahap duit didedahkan...mana tindakan?

Saturday 14 April 2012

Kalau ada orang dari rakyat Malaysia heran tengok ramai orang Malaysia yang kaya raya, kereta Mesdis berlambak-lambat, 4x4 Hummer dua tiga bijik, baglo bersepah serata tempat dan siap ada private jet, orang yang heran tu kena pikiaq balik samda perlu heran atau tidak. Pikiaq balik dari mana depa kumpul semua duit tu sekelip mata.

Sebenarnya aku nak bagi tau hangpa tak payah nak heran sangat dengan puak-puak tu punya kekayaan tambahlah lagi dia orang kuat Umno, sokong Umno macam nak rak dan bermatian-matian mempertahankan Umno sehingga ketitisan darah terakhir. Sebabnya depa nak pertahankan kekayaan mudah yang depa nikmati, depa takut, orang buat salah memang sentiasa takut pada bayangan sendiri.


PM Najib dengan Timbalan dia ikrar akan pertahankan Putrajaya sampai ke titisan darah terakhir, awat hangpa ingat saja-saja ka. Ada sebab, dan yang paling utama nak pertahankan kemudahan melahap duit rakyat sehingga ke tahap kering kontang. Depa tak akan puas selagi duit tu cekik tembolok depa sampai pecah perut depa yang buncit tu sampai perut meletup. Apa saja depa sanggup buat.

Sudah berapa banyak pendedahan da? berapa sangat yang diambil serius oleh Badan Pencegah Rasuah ( lani dah jadi Suruhan Jaya...ooops, Suruhan Depa) Sebelum ni The Aman's Brother didedahkan kelaku mereka, tak ada apapa yang berlaku, tak payah nak heran, yang hangpa kena heran sebab apa rakyat masih lagi nak pertahankan depa...gila agaknya!.

Ni satu lagi pendedahan aktiviti rasuah yang berlarutan sejak beberapa tahun dan masih berjalan dengan lincir dan selamba rock, tak tau rasa takut lansung. Kisah datuk Azalina, Kisah Awang Adek, Kisah Ulama, yang dituduh bergelomang dengan unsur rasuah masih tak ada apa-apa tindakan konkrit sampai lani.

Mamat taukeh sumbat rasuah tu di katakan mencengkam pegawai-pegawai serta pemimpin politik demi kepentingan empayarnya untuk kaut projek beratus-ratus juta ringgit. Itu kata pendedah hanyalah a tips of the iceberg...ada bersepah lagi dan akan di dedahkan sampai ada yang menggagahkan diri membuat sesuatu. Hanpa baca kat sini, berlambak kes rasuah di sekeliling pimpinan politik berlaku dengan berleluasa.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License