Ketua Pembangkang lepas PRU13 tak berkaliber!

Sunday 8 April 2012

Aku dah agak dah. Kerisauan aku nampaknya ada asas. Aku dalam dua tiga bulan ni rasa tak sedap hati bila dok pikirkan keadaan pembangkang di Parlimen nanti. Adakah mereka mampu memberikan sumbangan pada rakyat dan berbahas dengan jitu dan bernas. Aku sikitpun tak harap Najib mampu buat semua tugas itu. Dia mana ada reti berbahas.

Dengan jawapan Najib terhadap kenyataan Pakatan Rakyat yang mahu mansuhkan pinjaman PTPTN sebaik saja memegang kerajaan, menambahkan lagi keyakinan aku bahawa Najib memang akan kantoi untuk jadi ketua pembangkang. Anwar siap nasihat Najib berhenti saja jadi PM kalau RM43 juta pun tak mampu cari. Siapa lagi nak kita harapkan. Bolehkah kita harapkan pada Brahim Perkasa?


Brahim Perkasa kalau bab melaung dari jauh memang dia cekap, tapi bila aku baca pulak kenyataan dia ulang ayat Najib yang tengah dia kipas tu bahawa negara akan muflis jika mansuh pinjaman PTPTN, aku geleng kepala. Tak ada siapapun yang boleh kita harap untuk jadi ketua pembangkang lepas ni hahaha

Wooooit! ini masalah besar pada negara, rakyat akan kerugian jika pembangkang tak cekap, Rakyat akan rugi jika ketua pembangkang tak mampu berhujah. Patutkah kita risau? hahaha


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License