Bagaimana sikap Dato' Onn terhadap KMM ketika Jepun serang Malaya

Saturday 14 April 2012


Dato' Onn Jaafar

  • Dato' Onn di nobatkan sebagai seorang pemimpin Melayu yang berkaliber ketika British masih menguasai Tanah Melayu. Dalam suratkhabar Straits Times Annual (tahun 1939/1940) tersiar satu rencana mengenai Dato' Onn ini menceritakan kehebatannya sebagi seorang pemimpin Melayu.
  • Sebab itulah pemimpin KMM, Mustapha Hussain yang memimpin KMM dipihak Jepun amat kagum dengannya sejak awal lagi. Apa lagi banyak tulisannya tersiar dalam majalah serta akhbar yang sering dibaca oleh Mustapha Hussain.
  • Sejak dari awal, KMM ditubuhkan dengan hasrat menuntut kemerdekaan daripada penjajah British dan hasrat tersebut masih kekal apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan menguasainya. Jesteru itu tidak hairanlah walaupun mereka berada di pihak Jepun, mereka berkerjasama dengan harapan Tentera Jepun akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
  • Ketika Mustapha Hussain singgah di Johor dalam perjalanan ke Singapura untuk membebaskan ahli-ahli KMM yang di penjarakan oleh British di sana, beliau telah pergi mencari Dato' Onn bin Jaafar. Beliau fikir tentu Dato' Onn sebagai pemimpin yang berwawasan dan berani akan mengambil peluang keemasan ini untuk memerdekakan Tanah Melayu.
  • Sesampainya Mustapha Hussain di rumah Dato' Onn, dia kelihatan cemas. Mustapha Hussain mengajak Dato' Onn turut sama menyertai KMM menuntut kemerdekaan melalui Tentera Jepun.
  • Malangnya ajakan tersebut di tolak oleh Dato' Onn dengan berkata, " Biarlah dulu, semalam Dato' Haji Mohd Salleh sudahpun ditempeleng oleh Jepun, takut hari ini giliran saya pula". Rupanya Dato; Onn takut untuk berhadapan dengan Tentera Jepun.
  • Mustapha Hussain kemudiannya mententeramkan Dato' Onn dengan memberikannya capras "F". Mereka yang memakai capras "F" ini tidak akan diapa-apakan oleh Tentera Jepun. Dia juga diberikan satu surat bercop "F" untuk dilekatkan pada pintu rumahnya.
  • Orang Melayu yang melekatkan tanda "F" pada rumah masing-masing tidak diganggu oleh pihak Jepun kerana mereka dianggap sebagai ahli keluarga KMM. Ramai yang telah menggunakan tanda ini untuk menyelamatkan diri keluarga masing-masing ketika itu.
  • Sesudah Jepun menguasai Tanah Melayu dan Singapura, KMM telah mengesyorkan Jepun untuk melantik  Dato' Onn sebagai 'Food Controller' bagi negeri Johor
  • Namun dalam buku Dato' Pejuang Kebangsaan, Dato'  Onn telah menghina usaha KMM memberikan capras F dan mengherdik semua itu sebagai "tangkal monyet". Sedangkan ketika Jepun berkuasa dia duduk diam tak buat apa-apa, bila British berkuasa kembali dia mula menonjolkan dirinya sebagai hero semula.
  • Walau apapun masing-masing tentu punyai tafsiran mereka yang tersendiri, terserahlah kepada pendapat pembaca untuk mentafsirkannya.
Share on :

4 comments:

  1. inilah yg dikatakan pengecut atas nama perpaduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak kat British lebih senang kot...?

      Delete
    2. senang utk depa at the expense of the rakyat....sampai la ni rakyat dok tanggung...tapi nak buat macam mana, dah jadi acuan, kena pandai2 la nak hidup. depa ada kuasa.

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License