Apa pendapat Darul Uloom Deoband tentang poligami

Saturday 14 April 2012


  • Darul Uloom merupakan sebuah institusi Islam yang terkenal di India dan sering mengeluarkan fatwa-fatwa yang kebanyakan masanya dikritik oleh orang ramai. Fatwa seperti larangan bekerja di institusi perbankan, membuka salon kecantikan, menyambut hari jadi dan lain-lainnya sering dikritik.
  • Tetapi kali ini fatwa atau lebih kepada nasihat serta panduan tentang perkahiwnannya nampaknya digemari dan dipuji oleh ramai orang.
  • Nasihat terbaru tentang poligami dikeluarkan berikutan soalan daripada seorang suami yang mempunyai anak 2 orang bertanyakan pendapat Darul Uloom tentang kahwin lebih dari satu.
  • Jawapan yang diberikan menjelaskan bahawa secara prinsipnya syariah membenarkan seorang lelaki muslim berkahwin lebih dari satu dalam masa yang sama. tetapi budaya masyarakat India sekarang nampaknya tidak sesuai untuk seorang muslim mempraktikannya.
  • Darul Ifta menyarankan agar seorang lelaki muslim berkahwin seorang lagi hanya setelah isteri pertamanya meninggal dunia. Berkahwin dua ketika isteri pertama masih hidup adaah sama dengan megundang seribu satu masalah untuk masyarakat India.
  • Alasan utama yang diberikan adalah kecenderungan para suami yang tidak mampu bersikap adil terhadap semua isteri yang dikahwininya secara saksama. Jadi adalah lebih baik elakkan daripada berkahwin lebih dari satu dalam satu masa.
  • Tentu ramai wanita amat bersetuju dengan pendapat terbaru yang dikeluarkan oleh Darul Uloom ini.
  • Sumber
Share on :

2 comments:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License