Fakta tentang mati di seluruh dunia

Friday 13 April 2012


  • Saya ada paparkan tentang situasi hukuman mati di seluruh dunia di sini. Banyak negara nampaknya telah melupuskan hukuman mati terhadap kesalahan jenayah di negara mereka.
  • Apa alasan sebenar yang membuatkan mereka rasa hukuman mati tidak sesuai untuk sebarang jenayah tidak pula dapat dipastikan. Ia mungkin berkait rapat dengan timbulnya perasaan kasihan antara manusia dengan manusia yang tidak sanggup melihat manusia lain dikenakan hukuman mati. Ada juga alasan bahawa hal mencabut nyawa manusia bukanlah urusan manusia
  • Walau apapun alasannya, yang pastinya mereka cuba mengelakkan kematian dan percaya manusia berhak untuk hidup. Mari kita lihat fakta tentang mati di seluruh dunia dan dengan melihat fakta-fakta ini barangkali apa yang manusia cuba elakkan daripada menjalankan hukuman mati sudah tidak menjadi makna lagi:
    • Setiap tahun seramai lebih kurang 56 juta manusia meninggal dunia dan angka ini berterusan tahun demi tahun.
    • 35 juta daripada mereka yang meninggal itu bukanlah sebab sebarang penyakit yang berjangkit. Ia di sebabkan oleh penyakit yang kita panggil 'non-communicable diseases" seperti jantung, kanser, darah tinggi dll.
    • 17.5 juta manusia mati disebabkan oleh masalah jantung
    • 7.6 juta manusia mati disebabkan oleh kanser.
    • 7.1 juta manusia mati disebabkan oleh tekanan darah tinggi
    • 4.4 juta manusia mati atas masalah kolestrol yang terlalu tinggi
    • 2.6 juta manusia mati sebab berlebihan gemuk dan kesan-kesan daripada gemuk seperti kencing manis dan darah tinggi.
    • 1 juta manusia mati sebab kencing manis
    • 465,000 wanita mati sebab barah buah dada
    • 20,000 manusia sedang nazak setiap hari akibat daripada masalah kanser.
  • Melihat fakta di atas manusia mungkin amat handal mengawal penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Tetapi manusia samasekali tak dapat buat apa-apa dengan masalah penyakit yang tidak berjangkit. Cuba teka siapa punya urusan semua itu?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License