Isu YDP Majlis Agama Islam P Pinang: Gua tak mau campur - Lim Guan Eng

Monday 9 April 2012

Aku ada tulis pasai isu ni sebelum ini apabila tak ada cerita lansung siapa yang dilantik sebagai YDP MAINPP setelah Ustaz Elyas Zakaria bersara dan tidak mahu menyambung jawatan tersebut. Tapi tak ada sambutan lansung dan nampaknya Pas memang tak berminat untuk memperkuatkan diri mereka di Pulau Pinang. 

Terutamanya Pas Pusat yang lansung tak kisah apa berlaku dengan aktiviti Pas Pulau Pinang  apabila tiada apa-apa tindakan yang diambil sebelum tamatnya tempoh kontrak perlantikan Ustaz Elyas Zakaria. Mereka biarkan semua perkara itu pada PKR yang secara diam-siam menghantar nama calon pas yang tak layak untuk menggantikan Ustaz Zakaria.


Hangpa tau lah siapa nama orang Pas yang PKR hantar untuk jadi YDP Majlis Agama, sudah tentu nama Ustaz Salleh Man yang juga Pesuruh Jaya Negeri Pulau Pinang. Satu lagi nama yang dicadangkan oleh PKR adalah abang Malik kita yang juga orang PKR yang pegang exco agama kat Pulau Pinang. 

Semua boleh teka siapa lebih layak dan lebih boleh buat kerja...tentu Abdul Malik yang jauh lebih pandai mengurus dan mentadbir berbanding Ustaz Salleh Man yang tak sanggup mempengerusikan mesyuarat Majlis Agama semasa ketiadaan YDP sedangkan dia adalah timbalan... hahaha, kesian kata orang Pas Penang.

Jadi aku dah agak ada benda tak syok berlaku dalam isu perlantikan YDP Majlis Agama ni kat Pulau Pinang, Mungkin ada perebutan antara PKR dengan Pas dan Lim Guan Eng yang sejak dulu menaruh simpati pada orang Pas kat Pulau Pinang sebab ada PJ yang tak aggresif tak mahu masuk campur. Kesian kat Pas Pulau Pinang.

Hangpa tau tak budget untuk hal ehwal agama pulau Pinang semakin tahun semakin meningkat dan siapa yang ada peranan penuh untuk gunakan budget tu kalau bukan YDP majlis agama. Dan siapa yang akan ambil manafaat semua budget tu kalau bukan orang Melayu? jadi kalau nak jadi hero orang Melayu kat Pulau Pinang ambil jawatan YDP tu dan buat kerja bersungguh-sungguh.

Dengar kata Agong dah lulus untuk mengambil Malik jadi YDP dengan menyingkirkan Salleh Man. Kalau aku jadi agong pun aku buat benda yang sama. Melainkan kalau Pas bagi nama Dr Mujahid untuk jadi YDP tentu agong akan pilih Dr Mujahid. Sebab itu PKR buat senarai nama calon diam-diam dan amat malang sekali Pas Pusat tak ambil hirau kes itu dan PJ pulak lagi tak ambil kisah, hahaha, kesian kat hangpa orang Pas Pulau Pinang.

Woooit! aku bukannya nak kutuk sesiapa, tapi hanya nak kritik membina apa yang aku rasa boleh buat transformasi Pas Pulau Pinang menjadi lebih hebat dan marvelous...ceh transformasi...tumpang ayat Najib Meloya. Kalau orang Pas tak mau terima lantak hangpa lah aku tak kisah. Yang pentingnya aku buat kerja aku...kritik dan kritik dan kritik...hahaha. Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License