Bolehkah kita jadi kuat hanya dengan membayangkan latihan

Sunday 8 April 2012


  • Ada satu saja cara yang kita tahu selama ini untuk menguatkan otot kita. Umpamanya untuk menguatkan daya kekuatan kita mengangkat bebanan, dengan selalu berlatih mengangkat lama kelamaan kita akan mampu melakukannya.
  • Kalau biasanya kita boleh buat push-up hanya 10 kali, dengan latihan tanpa jemu tidak mustahil kita mampu melakukannya sebanyak 100 kali.
  • Tetapi ada satu lagi cara untuk menambahkan daya kemampuan anda melakukan sesuatu. Anda tidak perlu berlatih secara fizikal, sebaliknya hanya perlu berimaginasi berlatih secara konsisten seumpama anda sedang melakukannya.
  • Apa yang anda perlu lakukan adalah duduk atas kerusi, bayangkan anda sedang buat push-up bertubi-tubi setiap hari berterusan membayangkan begitu selama 3 bulan. Selepas itu cuba anda lakukannya secara fizikal dan lihat perubahannya.
  • Kajian menunjukkan mereka yang buat latihan secara fizikal akan menambahkan kekuatan mereka sebanyak 53% manakala mereka yang berlatih secara imaginasi menambah kekuatan mereka sebanyak 35%.
  • Jika anda mahu tahu lebih lanjut bagaimana melakukannya dan bagaimana menggunakan otak secara maksimum baca buku "Mind Hacks: Tips & Tools for Using Your Brain"
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License