SIS Serang Kelab Isteri Taat Tapi Bela "Seksualiti Merdeka"

Friday 4 November 2011

Sister In Islam kecewa dengan pengharaman Seksualiti Merdeka yang mendapat liputan hangat sekarang ini. Mereka mempersoalkan kebebasan hak golongan minoriti menyatakan perasaan mereka kepada masyarakat Malaysia dan ini bertentangan dengan kebebasan bersuara yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Setakat ini majoriti rakyat Malaysia menentang seksualiti merdeka dan juga sebarang pergerakan yang mahu mempopularkan seks bebas. Budaya keterbukaan yang keterlaluan dalam aktiviti seks tidak disenangi oleh orang kita dan penganjuran festival seksualiti merdeka ini dilihat menuju ke arah itu.

Sebuah lagi organisasi yang mengkritik tindakan mengharamkan seksualiti merdeka adalah rakan seperjuang SIS iaitu Islamic Renaissance Front (IRF). Pengerusi IRF, Dr Ahmad Farouk berpendapat masyarakat tidak sepatutnya mengamalkan diskriminasi terhadap golongan seks sonsang yang wujud di Malaysia.


Yang menghairankan di sini, segala hujah dan alasan yang diberikan oleh SIS ataupun rakan karib mereka IRF untuk membela seksualiti merdeka di atas tidak pula terpakai apabila mereka mengkritik Kelab Isteri Taat. Mereka juga tidak mengeluarkan apa-apa bantahan apabila buku panduan seks yang di keluarkan oleh kelab isteri taat di haramkan.

Malah SIS menentang buku panduan tersebut kerana kata mereka buku itu menganjurkan amalan seks secara berkumpulan kepada para suami yang beristeri lebih dari satu. Kenapa dalam hal itu mereka menolak pandangan seks kelab isteri taat.

Satu lagi perkara pelik dalam isu seksualiti merdeka ini adalah ia menjadi hangat hanya setelah 4 tahun ianya dianjurkan. Kenapa selama ini tidak ada sesiapa yang melompat ke atas meja dan menjerit membantah kumpulan tersebut.

Ada kemungkinan ia dibangkitkan dengan meluas apabila Datuk Ambiga mempunyai kaitan rapat dalam seksualiti merdeka. Ia dikatakan akan melancarkan festival tersebut pada tahun ini. Oleh kerana Datuk Ambiga juga merupakan orang yang bertanggung jawab dalam perhimpunan Bersih 2.0 lalu, maka apa saja pergerakan dan keterlibatannya yang boleh menjatuhkan kredibilitinya di mata masyarakat menjadi bahan untuk disensasikan.

Nampak seperti semua yang berlaku ada mempunyai unsur-unsur politik bagi menjatuhkan pihak tertentu. Kemungkinan itu menjadi lebih terang apabila Perkasa hari ini mendesak para pemimpin PKR menyatakan pendirian mereka terhadap isu seksualiti merdeka tersebut.

Walau bagaimanapun Tuan Guru Nik Aziz dan Pas umumnya dengan tegas menolak seksualiti merdeka tanpa ragu-ragu. Dalam hal keterlibatan Datuk Ambiga, Tuan Guru Nik Aziz tegas menerangkan Pas menyokong Bersih yang ada kaitan dengan Ambiga kerana Bersih bertujuan baik dan itu tidak bermakna apabila Ambiga menyokong seks bebas kita akan turut sama bersetuju. Pas sudah menyatakan pendirian mereka, kini kita hanya menunggu pendirian daripada PKR.

Mixed views on ban

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License