Sembelihan Kurban - Awas Jabatan Veterinar Akan Rampas Semua Daging Sembelihan!!!

Saturday 5 November 2011

Tiba-tiba ibadat kurban menjadi susah. Dulu di kampung orang tua-tua kita akan sembelih di sekeliling kampung buat kurban. Upacara kurban masa dulu dilakukan bukan saja di masjid atau surau malah oleh ramai individu persendirian.

Sekarang ini kebanyakannya hanya Masjid atau Surau atau pusat-pusat pengajian agama sahaja yang akan mengelola acara kurban. Tetapi selama ini ia mudah dan tidak ada banyak kerenah birokrasi. Sekurang-kurangnya tiada amaran daging kurban akan di rampas.

Kali ini Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar memberi amaran tegas kepada semua masjid dan surau akan melakukan rondaan penguat kuasaan memastikan semua yang melakukan aktiviti sembelihan mempunyai surat permit kebenaran dari jabatan tersebut.

Mengikut akta Binatang 1953, semua aktiviti penyembelihan diluar rumah sembelihan perlu mendapatkan surat kebenaran dari Jabatan Perkhidmatan Vetirinar. Mereka akan memantau kebenaran sembelihan, kebajikan ternakan dan kesihatan binatang ternakan, penyakit dan keselamatan daging yang diedarkan.


Mungkin tekanan dari pejuang hak asasi binatang yang nampaknya semakin kuat di seluruh dunia memaksa kita lebih berhati-hati dan bertamadun dalam melakukan apucara sembelihan kurban. Setiap kali Hari Raya Kurban, banyak liputan media antarabangsa memaparkan apa yang mereka tuduh sebagai aksi kejam yang dilakukan kepada lembu, kambing atau unta oleh umat Islam.

Bagi kita umat Islam di Malaysia, aktiviti mengikat, merebah, memegang, atau memijak binatang yang mahu disembelih mungkin adalah perkara biasa kerana kita lebih fokuskan matlamat menyembelih binatang tersebut, tapi bagi pencinta hak asasi binatang rupanya mereka menitiskan air mata melihat bagaimana binatang itu dijerut, direbah dan disembelih.

Baguslah usaha Jabatan Perkhidmatan Veterinar mahu memantau semua aktiviti tersebut dan menaik tarafkan method atau proses upacara kurban dilakukan. Usaha tersebut bakal memperbaiki aktiviti ibadah kurban di negara kita. Cuma agak musykil samada benarkah merekambersungguh memantau. Cukupkah kakitangan mereka untuk melaksanakan...kita lihat saja hari ahad ini. Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License