Medium Inggeris Untuk Pelajar Pandai, Medium Melayu Untuk Pelajar Bodoh - Tony Pua !

Sunday 30 October 2011

Orang pandai
Tony Pua mewakili DAP menggesa kerajaan agar tidak membiarkan pelajar-pelajar yang cerdik ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akedemik. Kenyataan tersebut membawa maksud bahawa mereka yang mahu menggunakan medium bahasa malaysia dalam pembelajaran sains dan matematik di sekolah adalah terdiri daripada kalangan ibubapa yang anak-anak mereka bodoh, manakala yang mahu bahasa inggeris punyai anak-anak yang pandai.

Atas dasar itu mereka menggesa agar kerajaan menggunakan semula sistem PPSMI agar kanak-kanak yang cerdik tidak terbantut pembelajaran mereka. Tony Pua juga berpendapat modal insan terbaik keluar daripada mereka yang menggunakan medium inggeris dalam pembelajaran mereka.


Memang terang lagi bersuluh sekarang kenapa ramai orang-orang cina seumpama Tony pua beranggapan cakap bahasa malaysia adalah amalan kasta rendah. Patutlah ramai dari kalangan mereka tergagap-gagap seperti tongkang pecah apabila bercakap melayu, ini untuk menggambarkan lagi betapa bahasa melayu itu sesuatu yang meloyakan.

Patutlah ramai majikan daripada orang cina yang amat liat untuk mengambil pekerja pengurusan mereka daripada kalangan orang melayu kerana tidak mahu ada bahasa melayu dipertuturkan di dalam kawasan kerja mereka. Takut kalau terjadinya pencemaran bunyi bahasa yang jelek di persekitaran tempat kerja.

Rupa-rupanya bahasa melayu itu bahasa orang bodoh dan bahasa inggeris itu bahasa orang pandai....rasa-rasanya ini dakyah penjajah. Nampaknya golongan yang dibawa oleh penjajah masuk ke tanah melayu juga membawa idea yang sama!


Share on :

3 comments:

  1. kalau bijak, tak kisah medium pengajaran bahasa apa pun mesti boleh catch-up!

    realitinya, org cina cakap BI bukan kerana pandai tapi kerana dituturkan di rumah. walaupun grammar bertabur!

    ReplyDelete
  2. Bolih kasi link tak dekat mana yang dia kata bodoh tu ?? Kenyataan tersebut membawa maksud bahawa mereka yang mahu menggunakan medium bahasa malaysia dalam pembelajaran sains dan matematik di sekolah adalah terdiri daripada kalangan ibubapa yang anak-anak mereka bodoh, manakala yang mahu bahasa inggeris punyai anak-anak yang pandai. puas cari tak jumpa huhu

    ReplyDelete
  3. Ujie,
    ya.

    sempoi,
    “Prinsip paling penting yang Kementerian Pelajaran harus terima pakai ialah pelajar-pelajar yang cerdik tidak harus ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akademik,”
    itu antara alasan kenapa kerajaan patut teruskan PPSMI...Tony Pua faham kerajaan revert balik ke BM kerana mahu selamatkan palajar yang tak reti BI lah tu...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License