Karpal Beri Kuliah Hudud - Hudud Hanya Akan Meningkatkan Jenayah

Sunday 30 October 2011

Sekali lagi tamparan hebat terhadap PAS terutamanya Tuan Guru Nik Aziz dan kerajaan negeri Kelantan apabila Karpal mengulangi pendiriannya menentang perlaksanaan hudud. Bagi Karpal Hudud tiada tempat di dalam perundangan negara Malaysia.

Segala syarat dalam pembuktian kes yang perlu dipenuhi dalam undang-undang hudud teramat berat untuk dilakukan. Persaksian 4 orang yang adil dalam kes zina umpamanya tidak mampu dipenuhi dalam mana-mana kes dan ini mengakibatkan penjenayah mudah terlepas dari hukuman.

Para penjenayah akan membuat pilihan untuk hudud kerana mereka tahu yang mereka pasti akan terlepas disebabkan kesukaran dalam pembuktian kes. DAP akan tetap bekerjasama dengan Pas dalam egenda lain yang lebih besar dan tidak akan berkompromi dengan Negara Islam serta Hudud dengan Pas.


Persoalannya apakah Pas perlu berlembut lagi dengan DAP terutamanya terhadap Karpal yang tidak pernah memberi muka lansung dan tidak menghormati aspirasi Pas dalam mengamalkan tuntutan agama.

Banyak sudah perkara di mana DAP menyukarkan keadaan Pas bukan sahaja dalam kes hudud, malah perkara mudah seperti larangan berhibur di bulan ramadan di pusat-pusat hiburan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pas negeri Kedah ditentang hebat oleh DAP sehingga terpaksa dibatalkan demi menjaga hati DAP. Malah kedengaran, pusat-pusat hiburan dan maksiat di Selangor bercambah lebih teruk daripada ketika BN memerintah dulu, sekarang ini.

Larangan menjual arak di kedai-kedai seven eleven di Selangor juga turut ditentang oleh DAP yang memihak kepada taukeh-taukeh judi serta minuman haram. Sedangkan tidak ada manusia waras di muka bumi ini yang mengakui judi serta arak itu baik untuk masyarakat.

Dalam kes pusat-pusat hiburan yang cuba dibendung oleh negeri Kedah, Karpal jugalah yang paling lantang menentang sehingga memberi amaran untuk membawanya ke Mahkamah jika diteruskan. Adakah perkara pusat-pusat hiburan juga Karpal mahu menafikan bahawa ia adalah pusat pembiakan jenayah?.

Mungkin memandangkan Karpal seorang tua yang hanya menunggu masa untuk pergi maka Pas buat diam saja dengan latahannya? Sumber


Share on :

3 comments:

  1. Ada mangkok ni buat kajiselidik ke?

    ReplyDelete
  2. Wahhh pandai2 je cakap macam tu. Betapa ceteknye pemikiran. Undang2 Islam kaum lain tak berhak masuk campur

    ReplyDelete
  3. SIAPA MEREKA UNTUK MENGHALANG TUNTUTAN AGAMA ISLAM ? HUKUM HUDUD JELAS DAN TELAH TERBUKTI KEBERKESANANNYA SEPERTI DI DUNIA ARAB.. ISLAM WILL RISE AGAIN ! INSYA'ALLAH !

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License