Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional - Jelebu

Saturday 5 November 2011

Semalam sempat merayap sebentar ke Jelebu, Negeri Sembilan, kubu kuat blogger Tukar Tiub untuk meninjau sebuah kawasan perkelahan air terjun yang diberi nama Jeram Gading. Terdapat sebuah resort kepunyaan Majlis Daerah Jelebu (MDJ) di kawasan tersebut.

Resort kepunyaan MDJ itu amat stratejik kerana letaknya betul-betul di sebelah jeram yang cantik dihampari batu-batu dan penuh dengan air yang mengalir deras menimbulkan irama segar deruan air yang kuat dan menyamankan.

Dengar kata Resort tersebut biasanya dipajak kepada individu atau syarikat yang berkelayakan bagi diurus serta dipromosikan untuk mereka yang menggemari percutian di kawasan nyaman bertemankan alam sekitar,  hutan dan jeram serta jauh dari kesibukan kota. Anda dijamin tidak dapat menggunakan telefon bimbit jika berada di situ.


Apa yang menyedihkan setelah sampai di situ adalah keadaan resort yang strategik tersebut dirosakkan oleh projek pembinaan yang tak siap-siap walaupun tempoh akhirnya hanya beberap hari saja lagi. Satu lagi projek pembinaan jambatan serta dewan di luar resort dikatakan telah siap tetapi keadaannya seperti baru dilanda taufan dengan besi-besi binaan lama berselerak dan mencacatkan pemandangan.

Kononnya nak buat dewan. Agak boleh siap ke dalam masa 5 hari lagi?
Tiada usaha memelihara kecantikan dan kesempurnaan setelah siap projek malah semuanya ditinggalkan begitu saja. Tanah yang dikorek dibiarkan bogel berselut dan banyak pokok yang musnah. Entah apa sebenarnya tujuan dewan di bina di hutan tersebut hanya mereka saja yang dapat memberikan jawapannya.

Salah satu Mementerian yang suka buang duit adalah
kementerian  pelancongan
Daripada papan-papan tanda yang terpacak di sana saya agak projek tersebut merupakan biayaan kerajaan Pusat di bawah kementerian pelancongan. Baguslah usaha agresif kerajaan menaik taraf kawasan pelancongan yang banyak terdapat di sana. Ia dapat memberikan sumber pendapatan kepada negara dan juga penduduk setempat.

Cuma malangnya segala kerja yang dijalankan tidak mencerminkan kesungguhan menjadikan pusat peraginan negara kita bermutu tinggi. kerja-kerja dibuat seperti hanya mahu mengaut untung dan seperti melepaskan batok di tangga.

Jalan masuk ke resort dihantui projek yang entah bila nak
siap. "No sense of urgency"
Bayangkan betapa malangnya mereka yang memajak resort tersebut yang kerugian perbiagaan apabila mereka tidak dapat menjual tempat penginapan di situ. Siapa yang nak menginap jika keadaannya macam bari lepas perang.

Kerja yang tertangguh tidak mengikut jadual serta tidak bermutu tinggi hanya mencemarkan kawasan yang indah di sana. Pajakan mempunyai tempoh yang terhad dan sebarang gangguan daripada resort dapat beroperasi walaupun sehari amat merugikan.

Tiada kesungguhan
Apa yang mampu pengusaha resort buat hanyalah sekadar mengeluh dan menyumpah para kontraktor serta pengurusan projek tersebut dan pada papan tanda terpanpang di atas sekali dengan bangganya...

"SATU LAGI PROJEK BUAT DUIT KERAJAAN BARISAN NASIONAL"

Anda boleh lihat beberapa gambar pemandangan di sekitar Jeram Gading di sini.

MDJ





Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License