Sejarah Kemerdekaan Negara Pembohong !

Friday 2 September 2011

Siapakah yang telah bersusah payah berkorban memerdekakan negara....UMNO!!!
Itulah yang kita belajar di sekolah dan itulah yang diulang-ulang setiap kali negara menyambut merdeka. Orang lain yang berusaha sampai kena tangkap dan dituduh sebagai pengkhianat dan komunis dihumbankan sejarah mereka ke dalam tong sampah...baca tulisan di bawah:


(Oleh Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempersoal usaha sistematik kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) selama berdekad-dekad bagi ‘memalsukan’ sejarah dengan menukarnya sebagai propaganda mereka.
“Kami mengkritik usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk ‘memalsukan’ sejarah Malaysia  agar hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka diiktiraf manakala sumbangan dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan lain dipadam.


“Apa sudah jadi kepada tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?” kata satu kenyataan media bersama Sekretariat Pakatan iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Liew Chin Tong, hari ini.
Pakatan Rakyat juga mempersoal jasa pejuang seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang menerajui aktivisme politik Melayu kelihatan ‘hambar’ dalam sejarah.
“Kita juga ada Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (Putera) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA),” kata kenyataan itu yang mendapati, ia tidak ditonjolkan.
Mengikut kenyataan itu, Pakatan Rakyat membidas tindakan Umno yang seolah-olah menonjolkan perjuangan kemerdekaan usaha Perikatan semata-mata dengan menulis sejarah versi Umno.
“Jika kita baca sejarah Dr Burhanuddin, Boestamam dan Pak Sako, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan ketakutan institusi dan penindasan tetapi mereka ditangkap kerajaan Perikatan (nama lama BN) setelah difitnah antara lain, menjadi tali barut komunis.
“Buku sejarah bukan sahaja kehilangan satu, dua bab tetapi satu sejarah dipadamkan daripada rekod rasmi negara,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Umno mempunyai kepentingan politik untuk mengekalkan versi  mereka untuk dijadikan asas bagi menutup tipu helah mereka yang menindas pihak lawan.



Share on :

1 comment:

  1. salam ziarah.minta tukar link.blog tuan telah dilinkkan

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License