Nanti Saya Dengar Balik Ceramah Saya - Mat Sabu

Sunday 28 August 2011

Mat Sabu ambil pendirian diam tak mahu komen apa-apa dalam tuduhan Utusan yang mengatakan dia mengangkat Muhammad Indera sebagai hero yang memperjuangkan negara manakala pasukan polis yang diserang dan dibunuh adalah polis British. 

Berikut apa yang disebut oleh Mat Sabu dalam ceramah tersebut:

“Cerita sejarah kita banyak yang tidak kena, bukan kepung polis itu polis British, askar Bukit Kepong itu pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat (Muhammad) Indera, Melayu tetapi semua sejarah ditutup.

“Jins Shamsuddin buat filem, dia tu Umno, cerita Bukit Kepong, askar Bukit Kepong ditahan polis British sebab sebelum kemerdekaan negara diperintah oleh British,”
“Tapi dalam filem askar itu pengganas, padahal Mat Indera ketua balai polis dan akhirnya dia dihukum gantung.”
“Tok Janggut lawan British tapi sebelum British nak bunuh dia, dia (British) hasut Sultan Kelantan untuk isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka.
“Bila isytihar Tok Janggut penderhaka barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan,”
“British dikatakan pejuang kemerdekaan, siapa pegawai British? Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman.
“Yang lawan British jadi pengganas,” ...sumber




Kalau baca balik sejarah memang komunis masa tu menentang british menuntut kemerdekaan. Komunis pada masa kedatangan Jepun bekerjasama dengan British untuk melawan Jepun malah tentera britishlah yang memberikan latihan serta kelengkapan senjata kepada komunis pada masa itu.

Selepas Jepun meninggalkan Malaya, ramai komunis atau askar pejuang ini keluar dari hutan dan di sambut sebagai hero oleh rakyat kerana mereka berjuang melawan Jepun. Masa itu mereka di kenali sebagai MPAJA (Malayan People's Anti-Japanese Army). Jepun cabut lari membolehkan MPAJA atau komunis bintang tiga ini menguasai negara selama 14 hari sebelum British datang mengambil alih.

Dalam tempoh 14 hari bintang tiga memerintah mereka melepaskan dendam mereka kepada orang Melayu yang menjadi tentera Jepun semasa penaklukan tentera Jepun di Malaya. Ramai orang Melayu yang dibunuh walupun Jepun dah angkat tangan. MPAJA masih tak puas hati kerana Jepun tawan China dan membunuh ramai orang cina.

Bila British datang balik mereka mula bertindak melumpuhkan MPAJA dan akhirnya mengharamkan Bintang tiga dan dianggap sebagai pengganas dan penderhaka negara...memang teraniaya jugaklah bintang tiga masa itu yang tiada pilihan selain daripada menentang British.

British sebenarnya memang cekap.....!begitulah juga anak didik mereka.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License