BN Tak Salah, Pemimpim BN Yang Salah - Tun Mahathir

Sunday 28 August 2011

Tun Mahathir hari ini menegaskan bahawa BN masih lagi relevan dan sistem yang dipelopori oleh BN masih baik dan boleh digunakan untuk memerintah negara.

Yang harus dipersalahkan adalah pemimpin BN yang ada kerana setiap kali pimpinan bertukar polisi akan bertukar mengikut acuan mereka sendiri. Mungkin Tun M nak bagi mesej yang semua orang lain salah melainkan dia seorang agaknya.

Tun Mahathir menyatakan begitu dalam acara tandatangan bukunya yang telah dialihkan ke bahasa cina hari ini.

Nampaknya buku Tun M yang dalam Bahasa Inggeris itu terlebih dahulu diterjemahkan ke dalam bahasa cina sebelum ke dalam Bahasa Melayu. Nampak sangat Bahasa Melayu tak ada nilai komersial berbanding dengan bahasa cina, kalau tidak sudah tentu Bahasa Melayu diutamakan.

Kalau nak kata orang Melayu pandai bahasa inggeris tidaklah benar sama sekali berbanding orang cina, tapi tetap juga bahasa cina mendahuui bahasa melayu.

Barangkali mereka yang berusaha menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu begitu lembab sekali dan tidak selaju orang cina. Mana dewan bahasa pergi....?

Share on :

3 comments:

  1. Saya melihat apa yang berlaku pada masa ini adalah pertembungan antara rakyat yang miskin dengan golongan kapitalis. Bukan pertembungan antara PR dengan BN. Oleh itu dalam menyelesaikan pertembungan ini, BN perlu memenangi hati rakyat. Semak semula dasar parti dan pelaksanaan program pembangunan BN supaya rakyat mendapat manafaat
    Kalau perjuangan untuk mengalahkan PR berjaya sehingga PR hapus di Malaysia, tapi rakyat.merasa tidak terbela, mereka akan menubuhkan parti lain pula
    Allahyarham Tun Abdul Razak menyedari kepentingan ini dan dasar BN pada masa itu adalah membela rakyat melalui program pembasmian kemiskinan. Mungkin itulah puncannya BN boleh bertahan di zaman pemerentahannya sehingga berjaya menarik PAS
    Pertentangan idelogi sebegini biasanya berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Betul Pimpinan BN yang salah, tetapi yang lebih salah adalah pimpinan UMNO, merekalah yg menjadi nakhoda dlm bahtera BN. Masalahnya pimpinan UMNO tak mahu berubah,anda masih dlm mimpi bahawa rakyat boleh dibodohkan dgn apa jua alasan yg anda beri utk melekakan rakyat, zaman itu telah berlalu. BN parah masa 2008, tetapi saya tidak nampak BN mengambil pengajaran. Kemungkaran semakin hebat, pimpinan anda semakin angkuh & sombong, rasuah tidak berkurangan, pembelian kerajaan yg nampak tidak cerdik,report tahunan dr Ketua Audit Negara hanyalah sekadar report, apa lagi yg boleh kami rakyat harapkan dr UMNO & BN. Anda sudah obsolete.

    ReplyDelete
  3. syed, Khairi,
    Terima kasih atas komen masing-masing.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License