Kenapa Rating Najib Jatuh Merudum ?

Tuesday 30 August 2011




Menung jauh nampak?
Sebelum mengambil alih pemerintahan daripada Pak Lah, hanya 34% daripada respondent yang yakin Najib mampu menjadi PM yang baik. Tidak lama selepas menjadi PM, ratingnya naik menjadi 44%. Hasil dari usaha kerasnya menjanjikan perubahan dan pembaharuan ratingnya naik tinggi sehingga mencapai 72% pada bancian May tahun lepas.

Pada bulan May tahun ini bancian mula menunjukkan penurunan kepada 65%. Rakyat dah mula ragu-ragu dengan usaha Najib yang tidak menampakkan hasil. Bancian terbaru menunjukkan ratingnya menjunam lagi kepada hanya 59% baru-baru ini.


Bancian terbaru juga menunjukkan hanya 31% kaum Cina yakin dengan apa yang dibuatnya. Kaum India pula menunjukkan hanya 39% yang yakin dengan Najid. Seperti biasa kaum Melayu amat berbesar hati dengan Najib apabila 64% amat yakin dengan apa yang telah Najib usahakan dan kaum Melayu masih kuat menyokong Najib.

Keseluruhannya hanya 51% dari respondent percaya bahawa negara sedang berada di landasan yang baik dan meyakinkan. Kenapa tahap keyakinan terhadap Najib makin hari makin merudum? antaranya adalah:

  1. Pencapaian ke arah pembaharuan dan pembaikan yang dijanjikan berjalan dengan terlalu lembab

  2. Tahap inflasi yang makin hari makin teruk.

  3. Kos sara hidup yang makin meningkat.

  4. Kesan kenaikan harga minyak sudah mula dirasakan perit.

  5. Kesan perit semakin ketara apabila ditambah dengan kenaikan harga elektrik.

  6. Isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Damansara juga menyumbang apabila jerat makan tuan di mana rakyat pelik dengan cara kerajaan menangani isu agama. Begitu juga kes DAP Penang yang dituduh mahu menukar Malaysia menjadi negara Kristian memperlihatkan kerajaan bertindak keterlaluan mengapi-apikan isu agama.

  7. Kebangkita golongan ultra Melayu yang tidak terkawal dan berlebih-lebihan.

  8. Kes perbicaraan Anwar Ibrahim juga menyumbang terhadap rasa keraguan rakyat.

  9. Isu-isu kecelaruan senarai pengundi menambahkan lagi rasa sangsi rakyat pada kerajaan.

  10. Banyak isu-isu timbul bertubi-tubi memperlihatkan Najib tak dapat mengawal juak-juak kumpulan di bawahnya.

  11. Kehebatan kerajaan menangani Bersih 2.0 memperlihatkan lagi kecetekan pemikiran para pemimpin dalam menghadapi isu seumpama itu yang mana cara mereka yang kelam kabut amat memberikan kesan negatif di mata rakyat

Secara umumnya isu yang mejadi perhatian rakyat adalah masalah ekonomi, masalah sosial dan diikuti dengan masalah politik.

Dengan pilihan raya umum ke 13 semakin hampir dalam tempoh tak sampai setahun, sudah tentu usaha memulihkan rating kepimpinannya adalah sesuatu yang berat dan mencabar.....adakah ini tanda-tanda akan berakhirnya era pemerintahan BN di negara kita dan Najib bakal menjadi PM terakhir daripada Barisan Nasional? sama-sama kita tunggu dan lihat.



Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License