Mat Indera Tak Mati Di Tali Gantung, Disimpan British Sebagai Pemberi Maklumat Komunis

Wednesday 31 August 2011




Mat Indera bersama kekawan di
sekolah melayu
Syabas diucapkan kepada Mat Sabu kerana bertepatan dengan hari merdeka dan bulan merdeka negara dipanaskan dengan peristiwa Bukit Kepong. Tahniah juga kepada Utusan Meloya yang membantu menaikkan isu yang sama secara besar-besaran. Memang dari segi 'pemasaran politik', tidak ada sesiapa yang dapat menandingi Utusan Meloya.

Kedua-dua mereka Utusan dan Mat Sabu membuatkan rakyat mencari-cari siapa sebenarnya pejuang dalam memastikan negara kita merdeka. Isu ini juga membuatkan kita mula mengkaji semula segala bahan tulisan sejarah yang tersedia ada dan diulang-ulang sebagai hidangan untuk kita telan bulat-bulat sejak sekian lama. Tiba-tiba ramai orang meminati sejarah.


Kata cerdik pandai, sejarah bukanlah apa yang kita fikirkan, sebaliknya sejarah adalah apa yang kita ingat. Bagi saya pula 'Sejarah adalah apa yang kerajaan mahu kita ingat'. Apa yang orang lain ingat dan mengalami atau menyaksikannya sendiri tidak menjadi bahan sejarah jika kerajaan atau penguasa tidak mahu mengingati peristiwa tersebut.




Mat Indera
Antara maklumat yang paling dicari oleh orang ramai sekarang ini adalah menyelidiki siapa sebenarnya Mat Indera. Banyaklah tulisan yang tiba-tiba muncul menceritakan siapa sebenarnya Mat Indera. Nama tersebut bukan satu nama yang diingati oleh orang ramai dan kalau kita buat carian pada Wikipedia dalam peristiwa trajedi Bukit Kepong pun, maklumat mengenai Mat Indera masih lagi kosong.

Antara maklumat-maklumat mengenai Mat Indera yang ada boleh didapati di sini dan juga di sini. Penulis asal cerita Mat Indera ini boleh dilihat di sini, dia ada memberikan komen tambahan mengenai legenda Mat Indera ini seperti di bawah:


"sebelum nih.. ade anak sedare mat indera bagitau saye.. dia tak tau kat mane sebenornye kubor mat indera.. dan ade beberape orang pernah bagitau saye.. yang digantung tu bukannye mat indera.. tetapi mat indera disembunyikan untuk mendapatkan maklumat mengenai komunis.. wallahualam..
dan terbaru.. ade seseorang memberitahu mat indera baru jer ninggal beberape bulan yg lepas..entah ler.."

Cerita Mat Indera dengan kehebatan serta kesaktiannya dah jadi macam dongeng pula, nampaknya orang Melayu masih lagi suka dengan cerita-cerita seumpama itu dan tangkal masih lagi ada pasarannya di negara kita.

Walau apapun dakwaan bahawa Mat Indera baru saja meninggal menarik juga untuk dijadikan bahan cerita sensai. Apakah benar British menyimpannya sebagai pemberi maklumat kegiatan komunis tidak dapat dipastikan melainkan perlu korek bahan-bahan sejarah dari muzium kat London.

Cuma kalau dia tak ke tali gantung, selepas British berambus dari tanah Melayu, dia berkhidmat untuk siapa pulak....besar kemungkinannya ia hanyalah satu lagi imaginasi yang diharapkan berlaku oleh mereka yang kagum dengan Mat Indera dan tidak dapat menerima perjuangan Hero mereka lansung tidak dihargai.....biasalah, "Sejarah adalah apa yang penguasa mahu kita mengingatinya....."
Share on :

2 comments:

  1. mat sabu dn seangkatan dgn nya nk memimpin pas ke atau nk musnahkn . sy jamin tentera dn polis dn pesaranya tak setuju sertaakan marah pendapat ini. berapa byk undi pas rugi. klu mulut lbih laju drp otak mcm ni lah.

    ReplyDelete
  2. Anon 8.57,
    Setuju dengan pendapat tuan. baru saja bersembang dengan beberapa veteran polis dan tentera yang pencen berpangkat.

    Selepas pencen masing-masing lebih condong ke arah pembangkang tapi isu ini menyebabkan mereka kecewa dan sangsi...susah nak pujuk geng-geng pencen ni.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License