Bapok ke perempuan?

Saturday 26 January 2013

Aku makan mee kuah simpang kankong petang tadi. Tengah sedap suap masuk mulut nampak 3 kelibat wanita blonde. Yang seorang tu tinggi lampai, dua orang lagi tingginya biasa saja. Mereka kongsi  satu sifat yang sama...seksi nak mampoih.

Aku buat-buat macho macam tak kisah dengan kehadiran mereka yang turut sama mahu beli mee kat situ. Sesampainya dekat lori masak mee tu, yang tinggi lampai dengan manja..."anjaaa, bagi kat I mee satu...!". Punyalah manja tapi aku pasti itu suara lelaki yang dihaluskan. Dia rupanya bapok!

Kemudia datang pulak kawan aku. Dia otai yang garang dan memang aktif tangkap pasangan berkhalwat. Dengan siap berkopiah, dia dengan bengis memanggil bapom tinggi lampai berambut blonde dan berpakain skirt nampak peha tu.."hang mai sat kat sini!"

"kenape pakcik, ada apa?", tanya bapok dengan risau sambil berundur. "Ni apa punya perangai ni? nak jadi apa ni?" tengking kawan aku.


"Saya bukan Islam pakcik, saya kristian...!" jawab bapok selamba.

Aku hanya lihat dan terfikir apa benarkah dia kristian? tapi kalau dia islampun dia sebenarnya telah murtad...nauzubillah!
Share on :

1 comment:

  1. Salam.
    Hidup Otai!
    Krisian pun tidak galakkan budaya LGBT. Sergah ajerlah.
    Mereka2 berpakaian perempuan dan mengejek2 wanita2 tulen dgn sikap manja melebih2. Kalau diMalaysia org2 Islam yg berwibawa spt Otai tak menegur, makin beranilah manusia2 begini.
    Tegur. Jgn biarkan budaya songsang memalukan Islam walaupun dimana2.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License