Mahathir turun, Hakim mula berani

Monday 21 January 2013

Ko perasan tak sejak akhir-akhir ni, lidah meloya pemerintah yang kuat bohong tu asyik kena saman tak henti-henti. Bukan saja semua orang tahu mereka kaki belit dan penabur fitnah nombor satu negara, malah diperakui oleh para hakim-hakim yang membuat keputusan di mahkamah.

Selain dari itu, banyak kes yang memang kita tahu berpihk ke PR telah dibenarkan menang oleh para hakim mahkamah. Kalau masa Madet dulu aku tak rasa para hakim berani nak lawan apa yang Madet nak dengar. Jadi keputusan akan berlaku berdasarkan berita yang digemari oleh Madet.

Ada beberapa kemungkinan:

  • Hakim dan berani dan yakin pemerintah sekarang telus dan adil. maknanya Najib dilihat tidak akan ganggu apa saja keputusan yang dibuat oleh pihak yang sepatutnya berlaku adil dan tidak berat sebelah. (Sikap begini kurang bagus bila berani hanya kerana kucing hilang taring)
  • Hakim lihat Najib tak kuat dan tak perlu layan dengan apa berita yang najib suka dengar. Para Hakim lebih condong untuk menaruh simpati pada pembangkang yang sejak zaman dulu kala sering menjadi mangsa kaki buli. (Sikap begini tak bagus untuk negara)
  • Hakim yang ada sekarang dah mula mengambil serius sumpah mereka untuk adil, profesional dan telus dalam melaksanakan tugasan. Mereka sudah fokus pada kerja yang diamanahkan dan wang serta pangkat bukan matlamat. (Ini bagus untuk negara)
Kerajaan persekutuan yang ada sekarang sering gunakan modal kononnya Pakatan Rakyat kaki menipu, kaki fitnah kerajaan dengan berbagai cara dan macam-macam secara umum. 

Tapi apa yang berlaku sebaliknya dalah lidah propaganda mereka nampaknya tak habis-habis kena saman dan ditengkin oleh mahkamah kerana tidak mengamalkan etika kewartawanan yang betul tulus dan ikhlas. maknannya merekalah kaki fitnah.

Mereka terpaksa buat sebegitu kerana cari makan. kalau tak ikut telunjuk alamat kena terajang keluar dan kerusi empuk. jadi buat apa sajalah asalkan tuan mereka gembira. Tuan mereka hanya gembira apabila berjaya buat fitnah tohmah pada Papakatn Rakyat. Terang-terang merekalah sebenarnya pengkhianat negara dan pembuli rakyat dan berusaha menutup kebenaran dengan berbagai cara asal mereka dapat berkuasa.

Terbaru Ketua umum Pembangkang menang saman RM50 juta terhadap fitnah yang dilakukan oleh Utusan kepada beliau. Kalau lekat kos saman RM50 juta tu aku rasa Utusan akan muflis dan terpaksa jual semua mesin cetak, buang kerja semua wartawan mereka dan akhir sekali terpaksa ambil Zam untuk jadi wartawan semula kerana Zam akan sanggup buat semua itu secara percuma akibat dah termakan banyak budi dan jadi fanatik pada Umno terutamanya mahathir...
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License