Beri kerakyatan: Beza Tunku berbanding Mahathir

Sunday 20 January 2013

Tunku Abdul Rahman:

  • Tunku beri kerakyatan bukan untuk tipu pihanraya
  • Tunku beri kerakyatan sebagai sebahagian daripada tuntutan kemerdekaan dengan syarat-syarat tertentu dan diperakui undang-undang
  • Pendatang yang mendapat kerakyatan bukan datang menjadi PATI (Pendatang tanpa izin), sebaliknya atas faktor pemerintahan British mangkuk
  • Tunku berikan secara terbuka dengan beberapa peraturan yang ada di dalam perlembagaan dan tidak berselindung atau cuba menafikannya.
Tun Mahathir:
  • Beri secara beramai-ramai pada geng PATI yang masuk sembunyi secara haram atau diseludup masuk
  • Buat secara bersembunyi supaya orang tak sedar. Bila dah tubuhkan RCI berulah tersipu-sipu malu mengaku...
  • Beri kerakyatan dengan tujuan untuk menang pilihanraya. maknanya buat semua itu untuk menipu mereka yang sudah sah menjadi rakyat yang asli.
Rumusannya, Prof Aziz Bari yang merupakan pakar perlembagaan negara berkata cubaan Mahathir yang mahu mengheret Tunku bersama dengan kesalahannya menipu rakyat Malaysia adalah satu tindakan yang BIADAB.

(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.
“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”
“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,” katanya.
Menurutnya, prinsip Jus soli yang digunapakai pada masa itu membenarkan seseorang mendapat status warga negara di tempat mereka dilahirkan.
“Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,” ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.
“Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan,” tambah beliau.
Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.
“Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.
“Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja,” tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.
Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata “Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.
“Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia,” tegas Aziz.
“Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.
“Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku,” ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.

Share on :

2 comments:

  1. Salam.
    Tuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam SENARAI BLOG POLITIK POPULAR. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai "Gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik" Terima kasih kerjasama tuan

    ReplyDelete
  2. lagi bangang senang2 nak bg warganegara sbb dia jurulatih sukan..bagi visa sudah la. ramai lagi org malaysia betul x dpt ic sbb x mampu nakgi buat.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License