Kelantan bakal kaya raya!!!

Thursday 24 January 2013

Minyak di atas daratan di Kelantan

KOTA BHARU: Berita gembira bakal diterima oleh rakyat Kelantan sekiranya penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di negeri itu. Bagi mengesahkan perkara itu, kerajaan negeri bakal melantik sebuah syarikat untuk mengkaji secara sah wujudnya ura-ura berhubung penemuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata walaupun Petronas enggan mendedahkan maklumat itu, namun ianya sampai juga pada kerajaan negeri. “Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,”ujarnya.

Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim. Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas identiti syarikat terbabit buat masa sekarang. Bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri akan berunding dengan syarikat terbabit secepat mungkin disamping mengguna pakai setiap undang-undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak.

Antaranya melalui saman kerajaan negeri kepada Petronas, kerajaan Pusat menyatakan minyak di atas daratan adalah hak sepenuhnya negeri berkenaan bukannya pusat. Beliau juga turut mengakui, rizab penemuan minyak itu lebih besar jika dibandingkan dengan yang ada di laut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kerajaan Pusat dan Petronas yang mendakwa Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kedudukannya melebehi tiga batu nautika dari daratan. Ini bermakna, katanya apabila penemuan minyak di darat dalam negeri Kelantan, kerajaan Pusat tidak boleh berbuat apa-apa berdasarkan hujah tersebut.

“Adakah kerajaan Pusat boleh menerima dengan dakwaan mereka sendiri dan Kelantan tidak akan membayar pada mereka walaupun satu sen berdasarkan hujah tersebut, sekiranya benar hasil minyak benar-benar terdapat di darat,”ujarnya. Husam juga turut menyifatkan kenyataan Petronas dan kerajaan sebagai berbahaya apabila mendakwa Kelantan hanya boleh mendapat hasil sekiranya ia dikeluarkan dari bumi negeri itu.
Share on :

5 comments:

  1. Kuat betul khayalan... Baru nak panggil consultant pun dah buat kenyataan seolah2 barang sudah ada..

    Tipikal PAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengki la tu.

      Hang tak baca ke semua motivator yang diiktiraf dunia dulu dan sekarang seperti Brian Tracy, Napolean Hill, Stephen R. Covey, Anthonny Robinns dan ramai lagi (hang mesti tak kenal punya sebab tak reti baca buku terpengaruh dgn Umno tak bagi orang melayu pandai dan berjaya), nasihatkan agar bertindak seolah-olah anda sudah mencapai apa yang anda idamkan...insyallah anda akan berjaya juga akhirnya.

      Confirm hang jenis baca buku setahun dua muka surat...

      Delete
    2. halo anonymous 2:13,kalu iapun BODO x pyah la nk tunjuk kt org..penjajah Inggeris dah umumkan perkara ini sejak 100thn dulu lg..bahawa bandar kota bharu kaya dgn hasil minyak..see now dah terbukti..ko sakit hati ko??

      Delete
  2. Puak U M N O semuanya BANGANG!! belaka. ha..ha..ha

    ReplyDelete
  3. Tak mustahil jugak. Berkat pemerintahan yang adil, Allah menganugerahkan rezeki yg tak disangka2. Insyaallah!

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License