Misi harmoni hubungan antara agama Nik Aziz berjaya

Monday 28 January 2013

Antara misi lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang adalah untuk menjalinkan hubungan serta mengharmonikan perhubungan antara agama di negeri tersebut.

Dengan usaha Dr Mujahid Yusuf Rawa, Tuan Guru berjaya membuat beberapa pertemuan dengan para pemimpin agama di Pulau Pinang termasuklah pertemuan dengan Father Sebastian Michael Uskop Roman Khatolik bagi negeri P Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.


Ada puak pemuda dalam Pas yang menuduh bahawa adanya golongan islamis yang sekular yang tidak jelas fikrah mereka masuk ke dalam Pas untuk hancurkan Pas dari dalam. Mereka mungkin melabelkan Dr Mujahid sebagai salah seorang daripada puak islamis tersebut.

Tapi aku lihat orang seperti Dr Mujahid itulah yang berusaha untuk mengatur strategi dari segi politik dalam perhubungan antara kaum serta penganut agama lain di negara kita ini. Kalau nak harapkan puak pemuda seperti itu yang mendakwa diri mereka sajalah pembela tulis agama Islam dan paling benar perjuangan mereka, alamat tak akan ada seorangpun bangsa lain atau agama lain yang sanggup bersama Pas.


Share on :

2 comments:

  1. buat kerana Allah....insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia yang baik adalah manusia yang tahu berterima kasih pada manusia lain...

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License