Universiti Cina pertama di Malaysia

Saturday 2 February 2013

Najib dengan bangga mengumumkan kesudian negara China menubvuhkan universiti dari negara mereka di Malaysia, kononnya ia merupakan satu-satunya universiti dari negara China yang berjay ditubuhkan diluar negara China. Dan Najib rasa amat bangga dengan hal itu.

Aku tak nampak langsung kenapa China perlu ada universiti diluar negara China. kalau Malaysia mungkin logik juga sebab pasaran pelajar di malaysia tidak lah banyak sangat. Tapi jika Universiti kita berjaya dibuka di negara China, pasaran mereka terlalu besar!!!, bolehlah dibanggakan, kalah nak bangga.

Dalam tersengih-sengih Najib, aku rasa orang Cina lebih tersengih besar lagi sebab dengan terbinanya universiti dari China di malaysia, ia menjadi mercu bermulanya satu institusi mengukuhkan bahasa, budaya, bangsa cina di negara Malaysia ini.


Orang Cina dah lama memperjuangkan sebuah universiti khas untuk bangsa mereka yang bahasa mengantarnya adalah bahasa mereka. Sekarang nampaknya mereka tidak perlu menuntut itu semua lagi.

Persoalannya adakah kita perlu melatah dan menentang dan berjuang demi Melayu?, adakah kita perlu menentang cengkaman Cina yang semakin kuat berurat akar di negara kita malaysia?, jika aku kata kita perlu menentangnya, akan timbul kata-kata yang aku ni berfikiran tertutup dan berbaur perkauman!

Katakan kita berbaik sangka dan biarkanlah orang Cina naik, budaya Cina naik dan akhirnya kebudayaan Cina lebih menonjol berbanding budaya melayu, apa perlukah kitya kisah?

Sebenarnya, kalau kita lihat pertunjukkan atau pamera yang mempromosikan negara Malaysia di luar negara, orang akan sangka bahawa negara kita berbangsa dan berbudaya cina kerana banyak benda yang ditonjolkan adalah berunsurkan cina...itulah hala tuju kementerian Pelancongan. Tapi nampaknya tak ada orang kisah pun?

Jadi mungkin kita tak perlu bergadih sangat samada melayu kekal, naik atau turun, sebab jika kita bising dan sering cakap tentang hak melayu, orang akan tuduh kita perkauman.....alahai diam sajalah!
Share on :

2 comments:

  1. dgn tak der universiti china ayam china pun banyak dahhh... klu ada universiti nih cam ner ler ruper biaknya yerrr

    ReplyDelete
  2. eloklaaa ada universtiti tu...
    bila melayu dah pupus atau ter"merge" dgn bangsa cina
    barulah masuk sejarah pernah ujud org melayu kat tanah melayu

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License