Chowkit dipenuhi warga Bangla

Sunday 22 April 2012


Lagi cerita dan gambar di sini

  • Siapa yang belum pernah melihat bagaimana rupa warga Bangladesh?. Semua orang tentu dah amat biasa bertembung dengan warga Bangladesh atau yang biasa kita panggil Bangla di negara kita. Di mana-mana sahaja di seluruh pelusuk negara kita ada warga Bangla sampai kita dah tak kisah dengan kehadiran mereka.
  • Selang satu pintu sebelah pejabat saya ada sebuah kedai pakaian. Ia menjual segala jenis kelengkapan pakaian muslim dan juga muslimah. Setiap kali balik dari Masjid selesai solat zohor atau asar saya terpaksa melintas di depan kedai tersebut. Setiap kali melintas jika terserempak dengan tuan punya kedai itu mahu rasanya saya menutup muka dan tunduk sambil berjalan jauh daripada bertembung dengan taukehnya.
  • Taukehnya memiliki kereta Harrier dan juga beberapa kenderaan lain dan dia juga ada memiliki beberapa gerai ditempat lain menjual benda yang sama. Kenapa saya rasa macam nak tutup muka setiap kali terserempak dengan taukeh kedai itu yang keluar dari Harriernya adalah kerana saya rasa malu.
  • Malu sebab dia adalah warga Bangla yang hanya bermula menjual kepiah, jubah dan lain-lain di sebuah gerai kecil depan masjid di Taman TTDI Jaya tersebut. Perniagaannya perlahan-lahan membesar dan kini dia menyewa di sebelah office saya membuka butik pakaian yang penuh sarat dengan berbagai pakaian muslim.
  • Saya malu bagi pihak bangsa saya sendiri yang tinggal di bumi bertuah ini sejak dulu tetapi sehingga kini tersepit dari segi ekonominya sedangkan orang Bangla datang sini dalam masa beberapa tahun berjaya lebih jauh dari kebanyakan kita. Kenapa agaknya jadi begitu?
  • Minggu lepas pula saya pergi ke Chowkit untuk mencari topi ke kebun. Dah lama sungguh saya tak ke sana. Ketika berjalan-jalan di sekitar gerai-gerai pakaian saya lihat hampir semuanya diuruskan oleh warga Bangla.
  • Soalan yang muncul dalam kepala saya adalah ke mana perginya peniaga-peniaga Melayu yang dulunya memenuhi pusat jualan yang cukup meriah itu. Adakah mereka kini taukeh besar dan menggajikan para bangla untuk bekerja sebagai tukang jahit dan promoter jualan di sana?
  • Kalau mereka hanyalah pekerja, oklah, tapi mungkin para Bangla tersebut adalah taukeh dan saya yakin tidak lama lagi mereka akan memeiliki berbagai industri perniagaan di negara kita dan berjaya jauh meninggalkan bangsa kita sekali lagi jauh ke depan.
  • Apakah kita tidak belajar dari bangsa Cina yang datang beramai-ramai masa zaman British dahulu dan Bangsa itu kini jauh meninggalkan kita dari segi ekonomi? atau mungkinkah kita hanya lebih suka melihat bangsa lain berjaya jauh ke depan dan kita menunggu untuk mengaut kekayaan di akhirat?
  • Apa yang paling kita takut sekali adalah, sudahlah hidup penuh kemunduran dan susah di dunia, di akhirat pula mati membawa dosa berbukit-bukit dan menjadi bahan bakar api neraka.
  • Anda boleh baca ceritanya dan banyak lagi gambar di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License