Remaja jual badan untuk beli kasut berjenama

Tuesday 24 April 2012


Lukisan Pablo Picasso - Prostitute at a Bar

  • Ibu bapanya bergaduh dan masing-masing tak mahu memeliharanya. Si anak perempuan yang baru berusia 15 tahun pulak mengidamkan sepasang kasut berjenama.
  • Memandangkan dia tidak yakin yang ibubapanya mampu memenuhi keinginannya untuk mendapatkan kasut berjenama idamannya itu dia lalu menemui seorang pelacur remaja yang berumur 19 tahun.
  • Jika kita bertemu dengan pelacur untuk menyelesaikan masalah kita, jalan penyelesaian yang akan kita dapat sudah tentu dengan cara yang dia mahir dalam linkungan pengalamannya. Lalu pelacur itu mencadangkan dia menjual tubuh badannya bagi mendapatkan wang untuk membeli kasut idamannya.
  • Nasib baik remaja tersebut ditangkap pihak berkuasa. Dia telah diberkas dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
  • Apa yang kita boleh belajar di sini ialah:
    • Elakkan pergaduhan laki bini sampai bercerai berai semata-mata kerana ekonomi tak kukuh. Kalau terpaksa bercerai juga jangan abaikan tanggung jawab terhadap anak-anak sehingga merosakkan.
    • Ajar anak-anak tentang kehidupan yang bermakna dan mencari rezeki yang halal. Mempunyai keinginan memang bagus tetapi pastikan kita mendapatkan keinginan kita dengan cara yang halal dan bermoral.
    • Jangan minta nasihat hanya daripada satu pihak sahaja. Perbanyakkan tempat untuk kita membuat rujukan serta meminta nasihat dari pelbagai latarbelakang dan pilihlah yang terbaik dan bersesuaian dengan diri kita.
    • Jangan sesekali meminta nasihat daripada mereka yang tidak bermoral. Kita sepatutnya menasihati mereka yang tidak bermoral dan jika tidak mampu elok jauhkan diri dari mereka.
  • Kejadian berlaku di Singapura. Baca sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License