Sidang kedai kopi: Siapa layak ganti Tan Sri Abdul Aziz?

Friday 27 April 2012

Berikutan penemuan dalam senarai nama ahli Umno menunjukkan ketua SPR yang ada sekarang termasuk timbalannya adalah ahli Umno. Utusan Meloya telah memangggil sati sidang tergempar kedai kopi untuk membincangkan dan memutuskan dengan kadar segera siapa bakal menggantikannya.

Utusan Meloya: Selamat datang semua ahli sidang tergempar kedai kopi dan ribuan terima kasih diucapkan pada semua yang hadir. Mesyuarat hari ini akan membincangkan 2 perkara sahaja, Pertama: siapa paling layak menggantikan Pengarah SPR dan juga timbalannya. Kita kena putuskan dengan kadar segera sebab PRU13 dah nak mai. Kedua, Perlukah kita ikut kata Ahmad Fuad DBKL untuk tidak menggunakan Dataran merdeka sebagai pusat perhimpunan Bersih 3.0. Saya buka kepada semua untuk mengusulkan agenda pertama.


Syed Perkasa: Salam semalayu semua!, bagi aku dulu berikan cadangan sebab hal ehwal negara Malaysia aku yang paling layak bercakap, ini tanah, Melayu yang punya jadi aku Syed perkasa perlu diberikan perhatian sebab sekarang hal ehwal Melayu aku yang jaga, bla...bla...bla...

Utusan Meloya: Wooooooit! Shut up you ! teruskan pada cadangan hang, kami tak mau dengar syarahan Melayu hang tu.

Syed Perkasa: Ya ya ya !, sorry maaf tuan pengerusi....sebenarnya aku nak cadang kan nama  eeeer eeer eeer Ibrahim A.......

Semua yang hadir: TIDAK !...

Syed Perkasa: Nanti dulu, nanti dulu dengar hujah aku dulu...ini persidangan demokrasi kan kan kan aku boleh bagi pendapat ! Aku cadangkan Ibrahim Ali jadi pengarah SPR yang baru, sebabnya dia pejuang Melayu, dia dah kena terajang dari Umno seumur hidup, jadi tak mungkin dia akan kembali untuk menjadi ahli Umno tak ada sesiapa yang akan mengampunkannya dalam Umno untuk membolehkan dia masuk semula Umno. Jadi lepas ni pengarah SPR akan benar-benar Non-Partisan, betul punya neutral. lagipun kesian kat dia lepas ni dia tak ada tempat nak bertanding, mana dia nak cari sumber pendapatan kalau tak jadi MP?

Untuk menjaga hal ehwal perlembagaan yang ada dalam SPR kita boleh letakkan Zulkifli Noordin, mamat Kulim tu menjadi Timbalan pengarah SPR. Dia kan loyar, dia tu terror oooi! sdemua undang-undang dalam kepala balik ketayap lebai dia tu, lagipun dia pandai belit dan setiap kali dia belit dia akan kata "Aku yakin 110%...!, semua orang akan percaya. Amacam ?

Utusan Meloya: Terima kasih pada Syed Perkasa atas cadangan yang ekstrem berhaluan kanan. Syed cadangkan Pengarah SPR di ambil oleh Ibrahim Ali dan Timbalannya pergi kepada Zulkifli Noordin. Ada apa-apa cadangan lain?

Ah Kau Dewan Niaga Tiongha: gua mau cakap sikit. Gua mau kasi cadang talak moleh, gua biasa ikut saja apa lu Melayu cakap, janji gua moleh niaga, gua punya wang bayar cukai talak masuk poket halam jadah punya olang gua manyak happy !, tapi aaa, gua lisau lu Syed mau kasi sama itu Blahim Ali aaa, gua takut dia kasi buang itu semua olang Cina punya nama, dia declare semua sudah mati ooo, ada bole jamin ka dia tatak buat itu macam. Sekian aaaa tuan pengelusi.

Segaran Hindaraf: I totally setuju dengan a Ah kau punya opinion. I want somebody that can develop Indian people. We have been forced to come to Malaya to become rubber tapper. Now we are stuck here and cannot retun back to India, majority of us are very......

Utusan Meloya: Stop Segaran, do not melencong to other agenda. We are discussing about Pengarah SPR and not Prime Minester. OK!

Azroi Oversea: Saya ada cadangan lain!. apakata kita lantik samada Dr Asri atau Ambiga atau A Samad Said untuk jadi Pengarah SPR mereka teramat layak untuk jawatan tersebut kerana mereka NGO yang berprinsip dan sejak sekian lama memperjuangkan Bersih, siapa lagi yang lebih layak melainkan mereka?

Utusan Meloya: Ada lagi cadangan lain?

Semua melainkan Syed Perkasa: Kami setuju dengan cadangan Azroi !

Utusan Meloya: Ok cadangan muktamad ialah Ambiga sebagai Pengarah dan A Samad Said sebagai Timbalan. Tunggu sekejap aku call Ambiga....hallo Ambiga, U kita lantik jadi Pengarah SPR dan Pak Samad jadi U punya Timbalan!...amacam...ok   ok  ok.

Ok Ambiga kata dia setuju dan dia akan bincang dengan Pak Samad. Dia kata mungkin Bersih 3.0 batal serta merta, semua berhimpun di pejabat SPR untuk rampas kuasa. Kita selesai mesyuarat hari ini sebab agenda kedua telah dibatalkan dengan persetujuan oleh Ambiga untuk menggantikan Abdul Aziz.

Johny Wong: Wait...wait, I need to tell something important. I tunggu sangat nak bincang agenda kedua tu tapi nampaknya tak dapat. Anyway what I want to say is that, please tell Ahmad Fuad that Dataran Merdeka bukan bapak dia punya...that's all. Thanks.

Utusan  Meloya: Ok thank you Johny. Let me call the Mayor. Halo ! Halo Puad, halo, sekejap saja short one...just a message from Johny Wong, Dataran merdeka does not belong to your grandfather...! ok thank you!

Ok kita bersurai! hahaha (semua ketawa gembira).


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License