BN akan lingkup sebab 7 isu - Rais Yatim

Monday 23 April 2012

Menjelang PRU-13 nanti, Rais Yatim yakin BN akan rentong dibakar oleh 7 isu di bawah:

  1. BN !, ya BN sendiri akan menghancurkan BN. Sejak BN memerintah, apa yang paling cekap depa buat adalah menyediakan alasan kepada rakyat kenapa harga barang naik. Sekali sekala dengar alasan masih boleh tahan tapi kalau dan berkala terpaksa telan semua alasan rakyat tak akan tahan. Jadi isu Barang Naik akan bunuh BN.
  2. Skandal orang-orang BN. BN memang banyak skandal. Mereka bertengkar sesama mereka dan mereka mendedahkan aib sesama mereka jugak. Mereka berebut mau jawatan sebab dari situ mereka dapat kuasa dan wang. Dari dua perkara penting tu mereka boleh dapat wanita. Jadi semua skandal BN melibatkan Kuasa, Harta dan Wanita. Di sebabkan mereka ketandusan pemimpin, Presiden MCA tetap dipilih daripada pelakon filem seks (dia mengaku - ini berbeza dengan kes Anwar).
  3. Royalti Minyak - Isu kerajaan BN bertindak kejam seperti firaun kepada kerajaan negeri Kelantan semata-mata untuk melihat kerajaan tersebut terus mundur dan tak ada duit semua orang dah tahu. Hanya kaki kipas dan menganut fahaman bahawa hanya Umno saja yang mampu perintah Malaysia, yang akan setuju dengan tindakan tidak mematuhi perjanjian. Sekarang PM dan TPM hari-hari dok ulang cakap mengejek Kelantan negeri mundur dan tak ada kelas. Hinanya dia !
  4. Kempen konsep negara kebajikan - Bila Pas umum mereka nak tubuh negara kebajikan semua orang perlekehkan Pas. Ada yang tuduh Pas dah sesat dan lari dari landasan Islam sampai ada puak yang lari keluar dari Pas macam kes Hasan Ali. Ada yang hina Pas dah jadi barua DAP semata-mata nak tubuhkan konsep negara kebajikan. Mereka yang cela Pas itu anggap seolah-olah Negara Kebajikan bukan dari amalan agama Islam. Nampaknya mereka jilat balik kenyataan mereka dan sahih bahawa Hasan Ali dah kena beli semata-mata untuk berlakon dan pengaruhi Pas bahawa negara kebajikan tu strategi tak betoi.
  5. Kerakyatan di Sabah & Sarawak - Ini bukan isu fitnah. Benda ni dah dilaung-laungkan sejak berbelas tahun dulu lagi dan BN dengan angkuh tak pernah ambil peduli semua itu dan rakyat Sabah dan Sarawak tetap bagi undi kat BN. Pelik kan? tak eh ! mana pelik ? depa bagi i/c habis pada bangla, pakistan, indo, filipino dan lain-lain untuk pangkah BN dan angkanya semakin besar dan membesar sehingga satu masa nanti jumlah mereka melebihi semua rakyat peribumi asli.
  6. Orang Cina tak mendapat layanan sama rata - Ini samada benar atau tidak benar, yang pastinya menjadi persepsi rakyat cina sejak berpuluh tahun yang lalu. Apa lagi bila melihat pemimpin Umno sering guna pakai ayat demi kepentingan bangsa Melayu, orang cina kena berkorban bagi lebih peluang agar orang Melayu dapat kejar mereka dari segi ekonomi. Namun setelah begitu lama bersabar nampaknya yang makin kaya hanyalah keturunan bangsawan Umno tamak haloba tu dan Melayu tetap layu...sah Umno pembohong pada orang cina dan seluruh rakyat Malaysia.
  7. Bukti PR mampu buat lebih baik daripada BN di negeri-negeri yang diperintah PR. Dah ada contoh semua orang boleh lihat. PM dan TPM bohong tak henti-henti kalau PR merintah negara akan ditimpa bencana ternyata lansung tak betoi walaupun satu hun...
Mampus BN !
Share on :

1 comment:

  1. setuju sangat tentang item no 5 tentang kerakyatan Sabah dan Sarawak. Mungkin di Sabah, kami x punyai Bangla atau Indonesia dr Madura spt di Semenanjung. Tp kami ada etnik Bugis dr Sulawesi yg kini menggunakan ic Sabah utk bergerak ke Semenanjung dan menempatkn diri mereka di area kwsn Klang. Ramai berkumpul di sana. Selain itu, etnik Suluk daripada Filipina yg digila2 ramai bila mereka ke Semenanjung. Org semenanjung mengahwini mereka kerana ingt dorg ni sama cam org Sabah lain. Klu kat Sabah, kitorg x pandang dah walau cantik cemana pun sbb terasa cam kawin dgn pendatang. Alah, cam pandangan org semenanjung pd org2 dr Indon tu! Selain tu org2 Timur Leste dan etnik Bisaya' serta Tagalog dr Filipina.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License