PPSMI - 100 Ribu Ibubapa Ugut Pangkah PR Pada PRU13

Saturday 29 October 2011

Timbalan Perdana Menteri hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan melayan gesaan para ibubapa yang mahu anak-anak mereka diberikan pilihan samada untuk belajar sains dan juga matematik dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris.

Ini pendirian yang paling bernas daripada TPM yang juga Menteri yang bertanggung jawab dalam pendidikan di negara kita walaupun ianya adalah terlewat dan kerosakan telahpun berlaku sejak hari pertama bekas perdana menteri kita Tun mahathir menukarkan medium dari bahasa malaysia kepada inggeris dalam pengajaran sains dan matematik.


Kesilapan Tun M seperti biasa mahukan segala-galanya pantas dan tidak ada kesabaran demi mengejar pembangunan. Atas alasan mahu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris maka kita mngubah cara pengajaran sains dan matematik. Sekali imbas nampak tak ada hubung kait walaupun mereka ada alasan mereka sendiri untuk berbuat begitu.

Sepatutnya dalam hal ehwal pendidikan kita perlu konsisten dan bersabar kerana sebarang perubahan drastik bakal menghancurkan anak bangsa kerana ia melibatkan pembinaan anak bangsa dalam jangka masa panjang.

Kita telah merubah medium bahasa inggeris kepada bahasa malaysia apabila warga-warga senior kita dulu yang mengambil HSC dan juga MCE beralih pula kepada SPM dan juga SRP dan perubahan tersebut bukanlah lama, ianya hanya baru dilaksanakan dan tiba-tiba sekali lagi kita mencacamerbakan pula pengajaran separuh inggeris dan separuh bahasa malaysia. Datang pula satu lagi keputusan kita mengubah semula kepada semuanya bahasa malaysia

Adakah kita perlu melihat lagi dan mengkaji semula dan mengubahnya semula. Jika ya, maka ternyata kita hanya bermain-main dengan pembangunan anak-anak bangsa serta negara kita. Sudahlah kalau para ibubapa yang tidak bersetuju dan berdegil mahukan bahasa inggeris dan yakin itu satu-satunya syarat anak-anak mereka kan berjaya maka hantarlah saja ke sekolah antarabangsa atau international school.

Mengenai ugutan mahu memangkah kepada pakatan rakyat pada PRU13 ini, ia sesuatu tindakan yang juga amat bernas yang perlu dibuat oleh para ibubapa tersebut sejak lama dahulu lagi. Sesuatu yang amat dialu-alukan!

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License