300 Berhimpun Desak Pengajaran Math/Sains Dalam Bahasa Inggeris

Thursday 27 October 2011

Kerajaan buat keputusan untuk menukar semula pengajaran matematik dan juga sains ke dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Antara sebab utamanya adalah bagi memperkukuhkan bahasa kebangsaan kita yang nampaknya menjadi bahasa kasta paling rendah sekali di negara sendiri.

Antara sebab lain adalah bagi memastikan kanak-kanak diluar bandar yang lidah mereka lidah melayu dan siang malam sejak di dalam buaian lagi menggunakan bahasa melayu sebagai medium memahami kehidupan, tidak tercicir dalam mata pelajaran matematik dan sains yang penting itu jika diajar dalam bahasa inggeris.


Cuma ada satu masalah di negara kita ini iaitu, bangsa lain selain melayu ada yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda mereka yang mereka pertuturkan semenjak kecil di rumah mereka. Dan jumlah mereka ini bukanlah satu jumlah yang kecil. Terdapat ramai di kalangan rakyat kita berbangsa cina dan juga india yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda mereka.

Secara logiknya kerajaan juga perlu melihat permintaan mereka ini yang mahukan anak mereka belajar matematik dan juga sains dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa inggeris. Mereka juga risau kalau anak-anak mereka tercicir dalam 2 matapelajaran penting ini jika diajar dalam bahasa malaysia.

Tetapi itu semuanya adalah salah kerajaan sendiri yang berlunak dengan tahap pencapaian rakyatnya dalam bahasa malaysia. Masih ada ramai samada cina atau lainnya yang bertutur bahasa malaysia seperti tongkang pecah dan ini berlaku setelah negara kita merdeka lebih dari 50 tahun dan kita mendabik dada mengatakan bangsa kita bangsa malaysia. Hakikatnya bangsa malaysia yang tak tahu bahasa bangsanya.

lihat laporan bergambar di sini demo aman para ibubapa di Pulau Pinang yang menuntut kerajaan mempertimbangkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
Share on :

1 comment:

  1. rasanya tidak perlu untuk berhimpun dan mengadakan prote mahupun desakan. Pemimpin telah mengkaji sepenuhnye buruk dan baik sebelum mereka membuat keputusan untuk hapuskan PPSMI. Mungkin kita tak nampak kesannya dalam masa terdekat ni

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License