Kamal Affendi Hashim, Penganalisis Jenayah Kena Cincang Orang Sabah.

Thursday 7 July 2011

Seorang budak Sabah berumur 21 tahun mengamok setelah bertengkar dengan kawannya. Dia menyerang penganalisis jenayah yang terjatuh atas lantai apabila terkena polis yang mengelak dari serangan budak Sabah tersebut.

Kecederaan teruk terkena parang membuatkan penganalisis jenayah terlantar atas lantai tak boleh bergerak dan melihatkan keadaan itu si pengamok budak Sabah yang sudah mabuk darah terus menyerang Kamal Affendi yang terpaksa mengeluarkan pistolnya lalu terus menembak budak sabah.

Sekali tembakan lansung tidak dihiraukan oleh budak sabah yang masih terus menghayunkan senjatanya dengan penuh tenaga. Kamal tembak satu das lagi dan budak sabah terjatuh, tapi segera bangun kembali dan mula menghayunkan senjatanya dan masih bertenaga.

Tiada pilihan lain untuk Dr Kamal melainkan melepaskan satu lagi das tembakan bagi menamatkan semua aksi ngeri tersebut.

Begitulah penerangan terkini oleh Dr Kamal Affendi tadi di Radio Bernama. Dia kini terkantar di sebuah hospital di Shah Alam menerima rawatan rapi. Beberapa pembedahan terpaksa dilakukan bagi membaiki kecederaan seperti tulang yang remuk dan patah, ligamen yang terkoyak dan sebagainya.

Bahunya terkehel dan masih belum dibaiki lagi kerana menunggu satu lagi pembedahan pada minggu depan untuk merawat bahagian tersebut. Kebanyakan kecederaan bertumpu di tangan dan kaki Dr Kamal akibat mengelak dan menahan serangan parang budak Sabah yang mengamok tersebut.

Cerita kejadian tembak menembak kat sini.

Nasib baik ada pistol dapat juga menyelamatkan diri. Dr Kamal mempunyai lesen membawa pistol, mungkin itu salah satu sebab dia masih bernyawa lagi sekarang. Kalau orang awam seperti kita berhadapan dengan peristiwa seperti itu apa yang boleh kita lakukan???
Share on :

1 comment:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License