Malaysia Menambah Satu Lagi Agen Keselamatan Negara - Pertama Di Dunia !

Thursday 7 July 2011

Ada 2 organisasi pasukan keselamatan utama di negara kita sejak dulu lagi. Pertamanya adalah pihak polis dan keduanya pula adalah pihak tentera.

Kedua-dua organisasi tersebut memastikan keselamatan negara dan penduduk di seluruh pelusuk daerah baik di darat, udara maupun lautan.

Namun nampaknya sejak munculnya Bersih, satu kumpulan gabungan berpuluh-puluh NGO yang menuntut reformasi dan pembaikan sistem pilihan raya negara kita, satu lagi pasukan terpaksa ditambah bagi memperkasakan lagi pihak keselamatan.

Kumpulan tersebut adalah "Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia" (PSSLM) yang diketuai oleh Mahagurunya Tan Sri Omar Din Mauju. Baca ikrar mereka di dalam laporan Sinar kat sini.

Kata Omar Din, seluruh ahli persatuan sedang bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan bagi membantu pihak polis menjalankan tugas mengawal keselamatan negara.


Mungkin pihak polis tidak cukup pengalaman dan tidak cekap melawan demontrasi aman, kerana kebiasaannya polis lebih cekap mengawal demontrasi ganas. Memandangkan Bersih adalah perhimpunan aman yang besar PSSLM terpaksa memberikan bantuan.

Terutamanya dalam menangkis serangan-serangan yang berupa jurusan halus kebatinan yang dihantar oleh Ambiga dan kawan-kawannya, pihak polis tidak dibekalkan dengan jampi serapah yang mujarab bagi menghadapi serangan celapak maut seperti itu.

Satu tindakan tepat dan hebat yang dilakukan oleh kerajaan apabila menggunakan PSSLM sebagai satu lagi agen keselamatan negara. Ia langkah berhemah yang dapat menjimatkan perbelanjaan negara  dari pembelian senjata api dan peluru kerana agen keselamatan baru ini tidak memerlukan itu semua. 

Syabas kerajaan dan tahniah diucapkan kepada Tan Sri Omar Din atas anugerah Pendekar Negara hari ini, satu anugerah berprestij terbaru yang direka oleh kerajaan bagi melahirkan lebih ramai spesis jenis Hang Tuah.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License