Bersih berjaya menyampaikan mesejnya pada rakyat

Wednesday 6 July 2011

Dari mula pergerakan Bersih di war-warkan ia sebenarnya telah berjaya menyampaikan mesejnya pada rakyat jelata:

  1. Media menuduh Ambiga mahu menjadi popular walau apapun sebenarnya niat Ambiga, dia berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang yang amat terkenal di negara kita malah di luar negara.
  2. Tuduhan segolongan rakyat terhadap penyalah gunaan ISA demi kepentingan politik pihak tertentu ternayata dapat dilihat oleh seluruh rakyat apabila mereka yang berpakaian kuning dan mencanagkan Bersih ditangkap dan ada juga yang ditahan di bawah ISA.
  3. Penggunaan ISA ada unsur-unsur pilih kasih apabila orang yang lantang seperti Ibrahim Ali yang menggertak huru hara terhadap mereka yang mahu berkumpul secara aman lansung tidak dikenakan apa-apa tindakan dapat dilihat oleh semua rakyat.
  4. Tuduhan bahawa bersih mahu menggunakan protes jalanan bagi menjatuhkan kerajaan ternyata tersasar dan terbukti pembohong.
  5. Dakwaan BN bahawa mereka telah mendapat sokongan yang lebih kuat daripada rakyat dan rakyat mula meninggalkan PR ternyata satu propaganda rekaan semata-mata apabila mereka ternyata amat takutkan ramai rakyat yang mahu turun sertai Bersih sehingga menuduh Bersih dengan berbagai tohmahan.
  6. Ramai orang yang telah mula beffikiran waras dan pandai menilai kedudukan sebenar tersembul keluar apabila orang-orang seperti Marina Mahathir sendiri mengecam tindakan kerajaan. Rakyat bukan lagi bodoh dan tidak celik dengan keadaan semasa.
Banyak lagi yang boleh disenaraikan, cuma satu sahaja yang masih menjadi tandatanya kepada kita adakah SPRM akan melakukan yang terbaik dalam kadar yang segera bagi memperbaiki sistem pilihanraya kita.


Bersih’s ‘hidden agenda’ a success | Free Malaysia Today
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License