Titah Agong Mendalam Maksudnya - Bersih 2.0

Sunday 3 July 2011

Titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memberikan isyarat kepada kedua pihak samada kerajaan ataupun Bersih agar bekerjasa antara satu dengan yang lain bagi menyemarakkan suasana demokrasi di negara kita.

Tuanku bertitah bahawa PM sudah tentu arif dan mampu membuat pertimbangan yang baik demi kepentingan rakyat jelata, ini memberi maksud menyindir agar janganlah diperlekehkan dan ditohmah hasrat memperkasakan sistem demokrasi oleh golongan tertentu. Sistem yang baik tidak bermakna sudah tidak boleh dipertingkatkan lagi.


Janganlah hanya satu pihak atas nama demokrasi dan dengan menggunakan demokrasi ingin menegakkan demokrasi dan satu pihak lagi tidak menghormati demkrasi dan menggunakan cara yang tidak demokrasi untuk menghalang demokrasi. Taku kalau-kalau demi demokrasi habis hancur semua negara maka tak adalah guna lagi demokrasi.

Janganlah kita mengikut sesetengah negara yang keras menghalang tuntutan pembaharuan dan permintaan rakyat untuk memperbaiki negara, yang akibatnya berlaku huru hara. Biarlah kita berdiplomasi dan berunding dan bertolak ansur agar rakyat mengecapi faedahnya.

Setiap permasalahan yang timbul hendaklah kita berunding membawa maksud keputusan nekad pihak berkuasa polis memberikan isyarat "tiada lagi rundingan" adalah sesuatu yang lansung tidak bertamdun. Pihak Polis perlu memikirkan semula tindakan mereka, berundinglah agar perhimpunan yang berniat baik mendatangkan hasil yang baik sebagaiman yang diingini.

Yang di-Pertuan Agong mengingatkan agar semua kita terutamanya kerajaan menumpukan pada membangunkan negara ke arah yang lebih baik, sistem pilihan raya yang lebih baik termasuk dalam hal tersebut, maka jika cadangan yang baik eloklah diusahakan untuk menjayakannya, janganlah direka yang bukan-bukan sehingga mendatangkan masalah kepada negara.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sistem mana yang tidak ada kecacatannya, maka berusahalah kita menampal kecacatan yang ada sepanjang masa dengan membuat pembaharuan demi pembaharuan demi mencapai sistem yang lebih baik.

Ucapan penuh di sini.
Share on :

1 comment:

  1. Apakah pengharaman himpunan BERSIH 2 ini merupakan satu tindakan terakhir yg boleh manjamin keamanan negara???? atau ada pihak yg terlalu takut kehilangan kuasa dan amat takut dgn kesan yg bakal dihadapi bila kehilangan kuasa mereka. atau ada pihak yg cuban menggunakan alasan keamanan negara utk menutup segala kepincangan dan kekotoran dlm pentadbiran mereka, segala penyelewengan, korupsi, jenayah, maksiat, menjual hak dan tanah org melayu dan berbagai2 dosa yg terhimpun selama 54 tahun memerintah.

    Apakah pilihan yg ada kepada rakyat setelah berkali2 tuntutan dibuat supaya kerajaan berlaku adil… apa yg kerajaan lakukan… alasan demi alasan dan berbagai cara dilakukan utk menidakkan tuntutan rakyat. ini jelas. mana2 rakyat pun akan nampak dan dapat rasakan kejahatan dan penipuan oleh pemerintah ini, hanya maruah dan keimanan yg teguh yg dapat membuat seseorang itu untuk merasa sensitif dan bertanggungjawab utk mengambil tindakan kerana mereka sedar akan perbicaraan dan hisab yg bakal dihadapi di Mahkamah Allah Rabbul Jalil bila mati nanti…

    Apakah mereka yg telah melakukan kerosakan dan pengkhianatan selama 54 tahun terhadap hak rakyat negara ini terutama hak2 orang melayu dan Agama Islam sanggup utk menghadapi undang2 jika kuasa mereka tumbang. Akan ada bekas2 pemimpin yg akan mati dipenjara dunia ini. Apakah mereka sanggup.

    Jadi mau tak mau merekalah pihak yg beria2 akan mempertahankan kuasa mereka hatta dgn menggadai nyawa sekalipun.. ini lah orang2 yg mempunyai motif dan kepentingan peribadi yg akan menggunakan apa cara sekali pun utk kekal berkuasa. dan merekalah yg pailing takut dgn kebangkitan rakyat…

    Jadi natijahnya apakah berbaloi untuk kita bersubahat secaga sedar atau tidak bgn dosa2 yg dikumpul selama 54 tahun oleh pemimpin2 durjana ini. Dan apakah kita sanggup dgn kuasa yg sedikit yg diberikan oleh Allah kepada kita utk kita berdiam diri dan melepaskan tanggungjawab ini kpd org lain... bahkan kitalah yg membawa sinar harapan utk generasi baru yg akan mewarisi negara ini. apakah kita sanggup membiarkan kerosakan dan kehancuran ini diteruskan oleh pemerintah2 yg zalim dan dungu ini.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License