Pemimpin Umno Terkejut Dengan Tindakan Agong !!!

Friday 8 July 2011

Tambahan lagi1: Baca kat sini bagaimana perasaan seorang muda berbangsa Cina yang selama ini tak kisah dengan apa yang berlaku berubah 360 darjah. Kerana apa?


Apabila melihat double standard antara yang mahu keamanan dengan yang mahu bangkitkan perkauman.


Apabila melihat bagaimana PM meniupkan semangat para para pendekar silat agar bangun menentang mereka yang mahu berdemo aman.


Kerana sikap lidah bercabang PM dan dia dah tak tahan lagi...dia nak turun sekali esok.




Tambahan: Baca laporan wartawan dari The Guardian kat sini. Esok dalam masa yang sama para penyokong Bersih dari Taiwan. Korea, Jepun, Hong Kong, Australia, New Zealand, Perancis, Amerika, Kanada dan UK akan turut sama turun ke jalan bagi menunjukkan sokongan mereka dengan Bersih 2.0 

Apa yang pemimpin Umno terkejut sangat dengan Agong sehingga membawanya dalam perbincangan mesyuarat mingguan kabinet? mereka tak sangka Agong bertindak berkecuali dalam kes Bersih 2.0.

Agong tak masuk dalam mana-mana pihak antara Kerajaan atau Bersih. dan yang lebih mengejutkan mereka adalah kesudian Agong mencemar duli menerima Ambiga masuk mengadap baginda semalam.

Ada pak menteri berkata Agong bukan ada kuasa eksekutif dan segala tindakan Agong perlu mendapat nasihat dari Perdana Menteri.

Bila Raja-Raja buat apa yang mereka tak suka mulalah mereka duduk tak senang, bila Raja-Raja buat apa yang serasi dengan nafsu mereka mereka loncat atas meja hunus keris dan melaung JANGAN DURHAKA PADA RAJA!!!!!.

Baca laporannya di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License