Utusan Meloya tukar jadi Malaya...

Tuesday, 27 March 2012

Masa aku melepak semalam aku terbaca tulisan Zig Zeglar tentang kisah hidup dia dari kecik sampailah dia berjaya jadi motivator hebat di Amerika. Satu benda yang aku tangkap dan terasa bagus jika aku jejaki dia adalah tentang sikap kita yang sering menyumbat kepala otak kita dengan perkara-perkara yang negatif sampai akhirnya cara kita fikir jadi negatif dan akhirnya apa saja tindakan yang keluar dari kepala yang negatif adalah negatif.

Dia bagi petua macam mana nak mula tukar software dalam kepala kita yang dah berkarat negatif tu jadi positif semula. kita boleh lakukannya dengan mula peka kepada segala yang positif. Kita buat keputusan dengan hanya menyerap segala yang positif saja dan tinggalkan yang negatif pada para drebar yang panas baran asyik hulur kepala maki pemandu lain.

Step awal untuk tukar kepala otak kita jadi positif adalah dengan memilih hanya perkataan-perkataan yang positif saja. Percaya atau tidak perkara pertama yang terlintas dalam kepala otak aku adalah tentang nama blog ini...Utusan Meloya.


Sebut saja nama tu aku dah mula rasa nak meloya dan bila buka saja blog ini untuk aku update, kepala otak aku akan dipenuhi segala perkara yang meloya dan aku asyik nak tengok sudut negatif saja. maka dengan azam setinggi gunung, aku terus buat keputusan mulai hari ini aku hanya nak tengok sudut positif saja dan pergi berambus dengan segala yang negatif.

Aku mulakan dengan menukar title blog ini menjadi Utusan Malaya, apa perasaan anda, teruja, nostalgia, terkesuma, terkedu, syahdu..tentu lebih baik daripada mendengan perkataan utusan Meloya kan kan kan.

Baik, jangan salah faham yang aku dah kena beli dengan puak politik banyak duit pakar spin ambil kesempatan dari kelalaian orang. Tidak, aku belum kena beli lagi sebab tak ada orang yang mai cari aku lagi buat tawaran, kalau ada tentu dah lama aku ambil tawaran tu, lagipun untuk apa aku menulis kalau tak ada apa-apa ganjaran, kalau ada yang nak bagi lebih baik aku ambil.

Setakat ni apa yang aku rancang tulis secara positif adalah seumpama...

Pakatan Rakyat memerintah dengan amat berkesan di seluruh negeri jajahan mereka berbanding kerajaan BN. Kerajaan BN walaupun sedang menggigil cemburu akan kehebatan PR masih belum putus asa malah berusaha dengan lebih kuat lagi dengan keseluruhan jenteranya mewakilkan pada Datuk Seri Najib, Presiden BN yang juga Presiden Umno untuk membuat segala kerja pemulihan kepercayaan rakyat pada BN. Marilah kita melempiaskan rasa kagum kita pada Najib yang nampaknya bertungkus-lumus buat kerja seorang diri tanpa ada sedikitpun rasa diperbodohkan....

Bukahkah semua ayat di atas positif belaka....namun mesejnya masih boleh disampaikan, kan kan kan...
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License