Tun ada tulis mengenai duit baru-baru ini. Dengan rendah diri dia kata tak berapa pandai sangat tentang ekonomi berbanding mereka yang pakar-pakar dalam bidang tersebut. Namun pendapatnya telah disetujui oleh semua orang dan dia merasakan agak aneh dengan keadaan itu.
Tun cakap tentang benda asas yang semua orang yang boleh kira duit satu sampai 100 tahu dan boleh faham. Kalau apa yang Tun M kata itu ada yang tidak bersetuju dengannya, aku berani jamin dia ada masalah mental atau tak cukup service kepala otak dia tu.
Kalau kita nak selamat, pendapatan kita RM100 tu kita cuma belanja RM90 dan lebihnya kita simpan. Kalau kita tak mau selamat pendapatan kita RM100 tu kita belanja RM110 dan baki RM10 yang tak cukup tu kita hutang kat orang.
Ayat kat atas antara intipati Tun M yang mudah, ringkas dan budak darjah satupun tau dan boleh faham. Tun M kemudiannya menyamakan aktiviti yang sama terhadap cara kerajaan menguruskan kewangan negara. Kalau kita belanja lebih dari pendapatan kita akan bankrupt tak lama selepas itu.
Woooit, aku tau la semua tu memang betoi...kita kena jimat belanja boleh belanja tapi berpada-pada, selagi kita rasa mampu belanja dan berhutang, dan yakin dapat bayar semua hutang tu pada masanya apa salhnya kita berbelanja.
Yang aku tak setuju, adalah semua alasan yang memang logik tu digunakan untuk menghalang semua orang susah minta naik gaji. Semua alasan tersebut digunakan untuk menghalang golongan papa kedana minta simpati agar keadaan kehidupan mereka dipertimbangkan dan di bantu.
Kenapa tak junakan logik yang Tun M sebut tu untuk menghalang projek yang sepatutnya berharga RM100 juta menjadi RM200 juta. Kenapa tak halang semua pembaziran negara yang dilakukan oleh semua kroni-kroni umno yang mengeluarkan LO dari pejabat Umno.
Kenapa Tun M tak halang pembaziran bodoh yang terpaksa ditanggung oleh rakyat kerana TNB terpaksa bayar mahal pada taukeh-taukeh IP.
Yang Tun M dok tuduh pembangkang semua bodoh tak boleh paham kedudukan ekonomi negara tu apa hal?. Kenapa nak marah bila pembangkang sokong kebangkitan rakyat susah bangkit menuntut hak-hak mereka yang telah terpesong masuk poket kroni-kroni Umno, salah kah...?
Dan yang paling aku heran sekali adalah pujian melambung para penjilat Umno dengan tulisan Tun M tersebut seolah-olah itu satu buah pukal yang tak boleh dibantah oleh pembangkang...piiiirah mabuk.
Baca tulisan Tun M kat sini.
bila dah sokong pembangkang.. apa yg parti len wat suma salah.. typical melayu bodoh.. wat malu kaum bangsa n agama ja admin wehh.. bodo..
ReplyDeletebodo? tak kisah la neutralist oooi...bodopun tak pa hang sakit tang mana...hahaha
Delete