Utusan Malaya di sebalik nama

Saturday, 31 March 2012

Aku sedap dengan nama Utusan Malaya. Kalau boleh aku nak bubuh nama Utusan Melayu, tapi hangpa taulah nama tu dah kena chop oleh media pro Umno yang amat terkenal dengan newspaper depa Utusan Malaysia. Itulah yang membuatkan aku ambil nama Utusan Malaya.

Selepas itu aku buat research sikit tentang nama Utusan Malaya ni maka terjumpalah aku akan kesah di sebalik nama yang cukup cantik itu. Tetapi bukan atas nama Utusan Malaya, sebaliknya atas nama Warta Malaya. Untuk pengetahuan semua surat khabar Warta Malaya telah wujud sejak zaman tahun 1930-an lagi di Singapura.

Warta Malaya adalah antara akhbar-akhbar yang lantang memperjuangkan hak-hak orang Melayu ketika Malaya di jajah oleh orang putih British atas jemputan geng-geng raja. Masa tu orang Cina yang dibawa masuk British dah mula lantang menyuarakan hak-hak mereka dengan menyatakan merekalah lebih berhak memiliki kewarganegaraan terhadap negera Malaya ini kerana mereka sampai lebih lama dulu ke tanah melayu dan mereka yang memakmurkan tanah Malaya ini.


Warta Malaya pernah menjadi tempat di mana Haji Abdul Rahim Kajai bekerja sebelum beliau berpindah kepada utusan Melayu di Singapura. Warta Malaya kemudiannya telah dibeli oleh Ibrahim Yaakub, salah seorang pengasas KMM yang terkenal itu.

Ibrahim Yaakub dikatakan menerima wang daripada Askar Jepun yang menawan Malaya dan menghalau Britrish. Duit yang diterima itu digunakan untuk membeli Warta Malaya Press bagi digerakkan sebagai medium menyokong pendudukan tentera Jepun. Ibrahim Yaakub dituduh menjual KM kepada tentera Jepun untuk digunakan sebagai alat mereka menguasai asia tenggara pada masa itu.

Selain daripada membeli Warta Malaya, Ibrahim Yaakub juga dikatakan menggunakan wang dari tentera Jepun tersebut untuk membeli sebuah kereta Morris '8' Saloon dan pakaian-pakaian yang mahal-mahal sebelum mula menjelajah ke seluruh negara.

Itulah serba sedikit yang akau dapat tau tentang Warta Malaya yang ada hubung kait dengan pejuang berhaluan kiri negara kita yang awal-awal menubuhkan pergerakan politik mendahului Umno pada tahun 1938 dahulu. Tapi ada cerita yang kurang enak sikit yang aku dengar tentang Ibrahim Yaakub ini semasa pendudukan Jepun di Malaya di mana dia dikatakan mengambil kesempatan untuk dirinya sindiri dengan menggunakan KMM sebagai modalnya mendapat kedudukan tingggi di dalam Tentera Jepun.

Apapun kalau hangpa nak tau lebih lanjut kenalah cari sendiri sejarahnya...
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License