Ada soalan dalam perbahasan sidang Parlimen ditanya oleh BN Parit Sulong tentang langkah kerajaan bagi tangani salah guna media sosial seperti FB dan twitter. Soalan ini dijawab oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan dengan ringkas...
" Tak payah nak risau, twitter dan FB kat Malaysia akan pupus tak lama lagi macam kat Eropah"
Aku heran data dari mana Menteri veteran ni ambik. Cuba tengok data kat bawah ni:
- Menurut survey daripada European Global Web Index, peningkatan penggunaan FB di Eropah saja adalah sebanyak 68% tahun lepas.
- Survey dari European Parliament Digital Trend pula mendapati penggunaan FB oleh anggota parlimen eropah adalah sebanyak 69%, meningkat 33% dari tahun 2009.
- Peningkatan penggunaan twitter pula adalah 34%.
- Najib pulun guna FB sampai jumlah kawan dia kat situ mencecah satu juta.
- Najib juga pulun guna twitter sampai pengikut dia mencecah setengah juta.
Tiba-tiba menteri tu kata tak payah dok gaduh sangat dengan media sosial tu. Tak ada orang akan pakai lepas ni. Kalau hangpa nak tau menteri yang sama jugak bagi kenyataan dua tahun lepas supaya rakyat Malaysia toksah buang masa dengan internet.
Menteri tu suruh rakyat Malaysia jangan ikut budaya berinternet sebab itu adalah budaya orang eropah yang menggunakan internet sebagai medium business. Internet adalah medium buat duit orang barat dan Malaysia sekadat jadi pengguna saja, kata menteri tu. La ni tengok apa jadi kat internet, sampai dia sendiri kena fitnah melalui internet. Terkial-kial jugak dia dengan isu tersebut.
Dia juga arah orang pi sita semua komputer seorang blogger yang menggunakan medium internet sebagai cara berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Apasal yang pi sita barang yang tak penting tu.
Hang pa dah dapat teka ke siapa menteri tu, kalau tak tau lagi menteri tu adalah ahli parlimen Jelebu dan para pakar media sosial didapati telah menyampah dengan kenyataan ketinggalan zaman dia.
Itupun kerajaan Najib boleh ambil dia letak jadi menteri, menteri komunikasi dan kebudayaan pulak tu. Sebab tu aku rasa banyak menteri kat kerajaan BN ni dah ketinggalan zaman. Kita kena tukar kerajaan, kerajaan yang lebih ke depan dan mengikuti perkembangan masa, bukan kerajaan yang terkebelakang dan masih menggunakan sentimen bangsa dan agama untuk berkuasa.
apa nak heran dgn menteri2 yg memang dah 'tekeluaq ring'. sama juga yg buat kenyataan tentang 'public debt at 53% of gdp, tak payah nak risau, tak sampai 55% lagi, kita masih boleh 'yak yak ye'. 'BEBASKAN PUTRAJAYA'
ReplyDelete