Teknik ikut imam di saat akhir dalam masjid yang besar

Wednesday, 28 March 2012


  • Masjid-masjid di negara kita sekarang ini semuanya besar-besar belaka. Tambahan pula jika kita tinggal di bandar-bandar besar. Masjid Shah Alam saja teramat besar sehinggakan jika anda mula mengambil wuduk ketika imam sudah mula bersolah zuhur, sebaik saja anda sampai di saf belakang sekali mungkin imam sudah berada di rakaat ke tiga.
  • Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh orang ramai yang mahu bersolat jemaah di masjid-masjid besar ini adalah jarak yang amat jauh antara dewan solat dengan tempat berwuduk.
  • Ini ditambah pula dengan masjid yang amat besar seperti masjid negara contohnya hanya akan dipenuhi oleh paling banyak 3 saf panjang di belakang imam. Kita perlu memecut seperti Usain Bolt untuk membolehkan kita mengejar masa bagi sempat berjemaah bersama imam.
  • Jika kita terkentut di separuh jalan dan terpaksa turun mengambil wuduk semula, alamat kita tidak akan sempat berjemaah lagi dengan imam.
  • Jadi bagaimana jika dalam masjid yang besar itu, sebaik saja kita selesai ambil wuduk dan terhegeh-hegeh naik tangga menuju dewan solat dan dari jauh kita nampak imam sedang berada di dalam rekaat terakhir membaca tasyahud.
  • Kalau kita teruskan juga melipat gandakan pecutan larian kita dua kali lebih laju dari Usain Boltpun masih tidak sempat untuk kita bersama ikut imam. Dalam keadaan itu apa yang kita boleh buat untuk memastikan kita mendapat juga kelebihan solat berjemaah. Ada dua cara:
    • Kita terus berdiri tegak mengadap kiblat di tempat kita berada yang masih jauh di belakang saf yang terakhir lalu angkat takbir mula solat berserta niat ikut imam dan terus duduk bertasyahud ikut imam. Selepas imam memberi salam, anda boleh sambung selesaikan solat anda.
    • Kalau anda tak kisah untuk tetap berjemaah walaupun bukan dengan imam masjid itu, maka anda boleh terus berjalan mendapatkan saf di belakang dan mengharap kalau-kalau ada yang akan bangun menambah rekaat yang dia belum selesai. Anda boleh mengikut orang tersebut dengan berdiri di tepi kanannya dan kebelakang sedikit. Tapi awas:
      • Pilihlah siapa yang anda hendak ikut.
      • Kalau ianya tok lebai yang lengkap berpakaian sopan jubah atau kain pelikat serta baju melayu, anda boleh ikutnya tanpa ragu-ragu.
      • Jika orang itu berseluar jeans ketat dan berbaju t-shirt pendek, lihat dulu punggungnya ketika dia rukuk atau sujud.
      • Kalau nampak lurah punggungnya yang gebu atau berpanau kerana seluar terlondeh dan baju terangkat, jangan sia-siakan solat anda dengan mengikutnya carilah orang lain.
      • Ramai orang yang sudah rajin  bersolat sekarang ini tetapi tak prihatin dengan pakaian mereka yang sesuai untuk bersolat.
      • Jika anda musykil dengan tulisan saya kerana saya bukanlah seorang ustaz, eloklah anda pergi bertanya pada seorang ustaz yang anda kenal yang sering mengajar di surau atau masjid anda samada betul atau tidak teknik yang saya beritahu ini.
      • Jika ternyata saya salah jangan lepas mengambil peluang pahala dengan memberitahu dan mengajar saya semula.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License