Teknik keluar awal selepas beri salam selesai solat berjemaah

Tuesday, 27 March 2012


  • Pernahkah anda solat berjemaah di Masjid atau di Surau. Atau anda biasanya hanya bersolat bersendirian dirumah. Kalaui anda tak pernah solat berjemaah di Masjid, teknik keluar awal sebaik saja memberikan salam yang kedua tidak dapat anda praktikkan. Jadi mulakan dahulu dengan bersolat secara berjemaah untuk mengamalkan teknik di bawah.
  • Bagi mereka yang pernah dan menjadi amalan mereka solat berjemaah tentu akan rasa tidak lengkap jika bersolat bersendirian. Banyak juga perkara menarik yang kadangkala tidak kita fikirkan dalam solat berjemaah.
  • Salah satu benda menarik adalah melihat bagaimana ada para jemaah yang suka keluar awal tanpa menunggu bacaan doa imam untuk diaminkan. Mungkin mereka terdiri daripada penganut mazhab yang merasakan baca doa beramai-ramai selepas solat berjemaah adalah bidaah.
  • Walaupun apa alasan anda, tidak salah sebenarnya untuk keluar awal sebaik saja memberikan salam, tapi ramai yang keluar secara salah apabila ada dibelakang mereka orang yang masbuk ketika berjemaah.
  • Sebaik saja imam memberikan salam kedua, mereka yang masbuk akan bangun meneruskan solat bagi melengkapkan rekaat mereka. Cuba perhatikan bagaimana segelintir mereka yang nak cepat keluar buat.
  • Ramai yang akan tertunduk-tunduk penuh sopan lalu didepan jemaah yang masbuk tadi. Nampak macam sopan tetapi sebenarnya ia adalah kurang ajar.
  • Apa yang peliknya adalah kenapa ramai yang tidak sanggup keluar dengan melintasi di depan mereka yang telah selesai solat dan duduk berwirid bersama imam, sedangkan itulah perbuatan yang lebih sopan daripada melintasi mereka yang sedang solat.
  • Saya rasa kebanyakan mereka yang memilih untuk lintas di depan orang tengah solat adalah kerana orang yang sedang solat tak boleh bercakap atau memandang atau menjeling mereka yang lalu didepannya.
  • Oleh itu bagi mengelakkan gangguan untuk mereka cabut awal, mereka dengan tergesa-gesa lintas depan orang tengah solat. Mungkin sangkaan mereka, kalau melintas orang sedang duduk berwirid, mereka akan dihalang dan dipaksa untuk duduk kembali.
  • Kalau itu yang anda sangkakan, percayalah, tak perlu takut. Lalulah saja didepan mereka yang sedang bersila sambil berwirid itu daripada melintas orang yang sedang solat kerana perbuatan melalui depan orang bersolat adalah haram.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License