Beza nepotisme Anwar Vs Mahathir

Wednesday, 27 February 2013

Baru bersembang kedai kopi dengan orang Umno tadi pasal politik. Dia bagi tau kat aku kebenaran Mahathir mempertahankan dirinya apabila dituduh oleh Anwar bahwa dia suap anak-anaknya untuk dapat projek dan bagi mereka jadi kaya raya.

Kata Mahathir masa dia jadi PM tak ada anak-anaknya yang masuk politik. Dan anak-anaknya yang lain berniaga sendiri dan kebanyakan projek yang mereka dapat adalah dari luar negara. Walaupun sekaran Mahathir jadi penasihat Petronas, dia tak ada kuasa untuk paksa Petrona bagi projek pada anaknya.

Sebaliknya kata Mahathir, Anwar yang kini jadi ketua pembangkang melibatkan semua anak serta bininya masuk politik. Nurul Izzah jadi orang kuat Parti dan Wan Azizh jadi Presiden PKR. Bagi Mahathir Anwar nampaknya menyediakan PKR sebagai parti anak serta bininya. Itu lagi nepotisme kuat berbanding dengan tuduhan Anwar terhadap Mahathir.


Ya! ya! ya!, aku angguk saja bila dia kata kat aku Mahathir punya cakap ada substance. Aku malas nak debat sebab Umno tetap Umno Jadi aku hanya jawab hujahnya kat sini. Lebih baik aku share pendapat aku dengan mereka yang atas pagar daripada debat dengan Umno karat.

Sebenarnya perbandingan Mahathir situasi anak-anak serta keluarganya dengan Anwar Ibrahim langsung tak kena umpama membandingkan ayam dengan badak sumbu.

Semua orang tahu jika masuk bertanding wakil Umno atau jadi apa-apa saja yang ada pangkat dalam Umno bersamaan dengan terjun ke dal;am lubuk buat duit. Umno sama dengan lubuk buat kekayaan atas alasan untuk membangunkan negara dan rakyat khasnya Melayu. Alasan itu hanya alasan untuk mereka kayakan diri mereka.

Ringkasnya masuk Umno dan bergiat aktif dalam Umno sama dengan mendapatkan peluang untuk lebih daripada semua orang lain. Bukan setakat bila ada pangkat dapat jadi kaya raya merepek meraban, malah rapat dengan pemimpin mana-aman jua merupakan satu peluang buaty duit kekayaan. Apatah lagi jika anak kepada para pemimpin Umno, comfirm jadi kaya dan petik jari saja untuk dapat projek billion-billion.

Sebaliknya bila cakap pasal PKR atau Pakatan Pembangkang, masuk dalam parti tersebut adalah satu pengorbanan harta dan tenaga. Masuk Pakatan Rakyat adalah sama dengan menyumbang dan berkorban untuk rakyat dan negara. Kalau nak jadi kaya minta maaf, silap parti. Sebab itu mereka yang tak tahan belah keluar seperti Zahrain, Hassan Ali, Zulkifli Nordin dan mereka-mereka yang seumpama dengannya.

Maka dari maksud di atas apa yang Anwar buat dengan melibatkan segala anak-bininya juga DAP buat dengan melibatkan adik beradik mereka begitu juga Pas buat adalah satu perkara hebat yang ramai tak sanggup buat. Kalau mereka tak buat begitu, rakyat akan kata pemimpin PR suruh orang berkorban sedangkan anak bini mereka dia tak bagi!!!

Sebab tiu aku kata Tun Mahathir silap buat perbandingan. Sepandai-pandai dia, tak pandai juga akhirnya...hehehe!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License